Selasa, November 11, 2014

Resepi Asam Pedas Ayam

Assalammualaikum semua


Sekali sekali layan asam pedas ayam ni memang best. Masak asam ni kalau nak masam tambah jer asam jawa, kalau tak suka boleh kurangkan ikut suka tekak kita sendiri yer.

Bahan-Bahan

1 ekor ayam di potong 16
2 batang serai-dititik hujungnya
3 kuntum bunga kantan-belah 2
1 ikat daun kesum-ambil daun

1 biji tomato-potong 4

1 cawan cili kisar

1/2 jus asam jawa-ikut kemasaman yang di ingini

Air secukupnya
Garam

Minyak dan sedikit gula

Bahan kisar/tumbuk
10 biji bawang merah
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
2 inci halia
sedikit belacan-tak letak pun tak apa

Cara-caranya
1. Bersihkan ayam dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumis serai yang telah dititik dan masukkan pula bahan kisar sehingga naik bau dan masukkan cili kisar dengan menggunakan api sederhana.
3. Kacau sehingga cili masak dan barulah di masukkan ayam dan biarkan ayam kecut sedikit.
4. Setelah itu tuang air secukupnya dan biarkan mendidih lalu masukkan jus asam jawa.
5. Bila dah mendidih, masukkan garam dan gula bersama bunga kantan, daun kesum dan juga tomato.
6. Biarkan sebentar barulah di rasa cukup asam garam baru tutup api.

8 ulasan:

  1. hihihi baru mlm tadi wat ikan pari asam pedas :)

    BalasPadam
  2. kami pun bila rasa nak tukar selera mesti masak nie. lain sikit dri biasa, kan. hehe..

    BalasPadam
  3. Assalam,
    Sedap nampak nyer tu...sekali2 tukar kepada ayam pulak yer..

    salam ukhuwah dari BUNDA...

    BalasPadam
  4. queenpink tak boleh makan pedas sejak pregnant nie :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers