OOO

Ad

Jumaat, Disember 12, 2014

Resepi Ayam Bakar Berempah

Assalammualaikum
Kalau malas nak goreng ayam, akak suka bakar jer pastu buh sayur sayuran kat dalam oven sekali.  Kalau tak nak makan dengan nasi boleh lah buat coleslaw dan goreng kentang.  Resepi asal dari blog Azie tapi akak ubah ikut apa yang ada kat rumah.

Bahan bahan:
1 ekor ayam - potong 8
2 biji kentang US- belah 8 (kentang biasa pun boleh)
2 sudu besar serbuk kari daging Babas
Sedikit minyak zaiton/masak
2 sudu besar mentega atau marjerin
10 biji tomato ceri-belah 2
Baby Carrot
Kacang Pea
Sedikit madu
Garam

Bahan-bahan kisar:
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit - serbuk kunyit
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 sudu kecil ketumbar
1/2 sudu kecil jintan kasar
1/2 sudu kecil jintan halus
1/2 sudu kecil lada hitam - jika suka
Sedikit air.

Cara cara:
Cuci ayam bersih-bersih. Cucuk badan ayam dengan menggunakan garpu supaya rempah lebih meresap dan mesra.

Panaskan oven terlebih dahulu.Bahan kisar tadi dimasukkan ke dalam mangkuk. Campurkan dengan rempah kari, madu dan garam. Gaul rata.

Kemudian, lumurkan pada ayam yang telah dicucuk tadi. Letak ke tepi dahulu.

Sediakan loyang untuk membakar. Tuangkan sedikit minyak ke dalam loyang tersebut. Susun ayam yang telah dilumur dan diperap tadi. 

Kemudian, susun bawang besar, kentang dan tomato. 

Kemudian, renjiskan mentega atau marjerin ke atas ayam tadi. 

Masukkan ayam yang telah disediakan dengan sempurna tadi ke dalam oven dengan suhu 170-180 darjah Celcius dan 1 jam 30 minit sahaja. 

9 ulasan:

  1. Bila lihat resepi ini teringatkan Nasi Kukus Ayam Berempah. Boleh dikatakan setiap hari singgah pi beli. :)

    BalasPadam
  2. sedapnya...tak pernah lak terfikir nak letak sekali sayur tu. thanks, idea masak ni. best!

    BalasPadam
  3. Yang ni saya paling suka kak hehe

    BalasPadam
  4. ffuuuuuu... mengiurkan ayam ni... kalau masak sendiri puas ati..

    BalasPadam
  5. sedapnya...wat sy terliur pulak kak....

    BalasPadam
  6. Tengok je dah lapar, kena mintak orang rumah try resepi ni plak la jawabnya. Makin bulat la jawabnya den ni hehe.

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. wah resepi ini mudah boleh di buat untuk hari keluarga..

    BalasPadam
  9. Simple dan sedap, boleh try masak ni.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers