OOO

Isnin, Januari 12, 2015

Pasar Tamu Kedayan Miri

Assalammualaikum 


Macam biasa orang perempuan terutama mak-mak, makcik dan nenek suka gi ke pasar cam akak juga. 

Selain dari Tamu Muhibbah akak suka gak pergi ke Tamu Kedayan di  Centre Point Commercial Area. Kat sini lebih meriah dan ramai penjaja bila tiba hari Minggu, akak selalu pegi pepagi sebab nak cari parking dekat.  

daging biawak..mahai tau RM15.00 sekilo

Peniaga yang terdiri dari pelbagai bangsa dan keturunan menjual pelbagai bahan masakan, pelbagai jenis ikan sungai, kueh mueh, buah buahan dan sayur sayuran dan ada juga daging binatang yang susah nak jumpa tapi sayangnya kebanyakan yang jual daging rusa, pelanduk bukan peniaga islam. 
Setiap minggu barangan yang di jual kadang kala berlainan, kadang kala sama.  Burung puyuh, terung asam dan pelbagai bentuk labu, ada yang panjang dan ada yang bulat.
Kadangkala ada lokan, ikut musim gak, ikan kering dan ikan salai pun ada di jual tapi akak kurang minat ikan salai kat sini, mereka salai kering sangat tak macam kat semenanjung, cam keropok pula bila di makan.
Buah kelubi dan ulat sagu, seronok gi sini sebab barang niaga segar dan dapat tenguk telatah peniaga, ada ambik gambar daging pelanduk yang di jual oleh peniaga bukan islam, tapi bila balik gambar tak ada pulak..misteri nusantara lah pulak.

Alamat
Pasar Tamu Kedayan
Centrepoint
98000 MiriSarawak

5 ulasan:

  1. uih banyak makanan eksotik. daging biawak dan ulat sagu! >_<

    BalasPadam
  2. Terdelete la tu gmbr pelanduk. Ataupun pelanduk tu ada penunggunya... hee, gurau je.

    BalasPadam
  3. gemuk2 ulat sagu tuh...emmmm, alahaiii..

    BalasPadam
  4. Nak dapat makanan eksotik boleh lah cari disini.

    BalasPadam
  5. Bab daging biawak bakar tu pon ada kalu xde signbod mau nya beli...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers