Assalammualaikum semua
Imran masa kat tingkatan 2 dapat bersekolah pagi kerana keputusan yang agak baik pada masa tingkatan 1.
Sekolah Menengah Kebangsaan Lutong memang ada anak murid pakai baju putih biasa bagi sessi petang untuk tingkatan 1-3 dan baju warna jingga untuk sessi pagi. Asing siap siap masa tingkatan satu berdasarkan keputusan UPSR.
Imran masa kat tingkatan 2 dapat bersekolah pagi kerana keputusan yang agak baik pada masa tingkatan 1.
Sekolah Menengah Kebangsaan Lutong memang ada anak murid pakai baju putih biasa bagi sessi petang untuk tingkatan 1-3 dan baju warna jingga untuk sessi pagi. Asing siap siap masa tingkatan satu berdasarkan keputusan UPSR.
Tak taulah kenapa resepi ikan ni di panggil ikan bakar portugis, mungkin sebab menggunakan minyak bawang putih kot. Dunia masakan memang aneh dan unik kan, pelbagai resepi ada didalamnya, cuma kita kena mencuba samada hasilnya sesuai dengan selera kita.
Bahan utama
- 2 ekor ikan cencaru
- 1 helai daun kunyit-hiris halus
- 3 camca besar minyak bawang putih (resipi dibawah)
- 4 camca besar cili kisar
- 1 camca teh gula/gula melaka
- garam
- sedikit minyak
- air asam jawa
- Daun pisang secukupnya
Bahan Tumbuk/Kisar
- 6 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 2 batang serai
- 1 keping hirisan lengkuas
Bahan Minyak Bawang putih
- 1/2 cawan minyak masak
- 6 ulas bawang putih, ditumbuk
- Panaskan minyak dengan api perlahan, masukkan bawang putih dan goreng garing. Matikan api dan alih minyak dalam bekas. Sejukkan.
Cara-caranya
- Ikan dibersihkan, dikelar2 dan perap dengan jus lemon/limau kasturi dan garam 10 minit, cuci dan toskan.
- Panaskan minyak, masuk bahan kisar dan biarkan naik minyak.
- Masukkan garam, gula dan asam jawa kemudian rasa.
kalau nak letak hirisan daun kantan pun boleh
Cara Bungkus- Letak sambal di atas daun pisang, kemudian letak ikan dan letak lagi sambal di atas ikan berserta 1/2 sudu minyak bawang putih.
- Bakar dalam oven dengan menggunakan suhu antara 150-180C dalam jangka 30-50 minit atau sehingga masak.
- Guna arang lagi sedap tau tapi tak rajinlah pulak nak hidup arang bila masak sikit.
yum3.. sedap ni.. boleh cuba.. terima kasih....
BalasPadamassalamualikum kak ina or Ina haha salam singgah sini, rasa nya kak noor kena panggil Ina je kot kan
BalasPadamwangi ikan bakar ni terus kak noor singgah sini hehe
sedap ikan bakar mu ... nak cuba! tq for the resepi dear
BalasPadamsedappnya... boleh try resepi akak.
BalasPadam