OOO

Rabu, Januari 07, 2015

Pindah Rumah Lagi

Assalammualaikum

Dah lama tak merasa duk rumah sewa sejak ada rumah sendiri di Kuala Lumpur, bila suami bekerja kat sini kami terpaksalah cari rumah sewa, company ada sediakan bilik hotel.  Akak tak suka duk situ, dahlah mahal, duk terkurung ajer dalam bilik..bosann

Harga rumah kat Miri boleh tahan, kalau dekat bandar lagi mahal berdentum.  Oleh sebab rumah sewa lama akak di Pujut ada masalah tangki pembentungan yang bocor,  kami mula mencari rumah sewa yang baru.  

Agak lama gak kami mencari samada melalui mudah.com atau pun tenguk kat iklan yang tampal di papan kenyataan  di pasaraya oleh owner ataupun agent.

Alhamdulliah akhirnya dapat gak rumah yang berkenan di hati, walaupun jauh sikit dari tempat asal.  Tapi tak perlu risau, sebab kat Miri bukan jalan jem macam kat Kuala Lumpur :).

Pada 26hb. Disember sehari selepas sampai dari Kuala Lumpur,  kami pun pindah ke rumah sewa baru yang fully furnished, harganya up sikitlah.

Barang rumah yang kami beli pada tahun lepas terpaksa dihantar ke rumah di Semenanjung. N3 rumah lama ada kat SINI
Penat gak pindah rumah ni, lenguh segala badan, maklumlah dah berusia. Tapi bila tenguk rumah cantik, luas dan selesa hilang rasa penat.
Yang buat akak seronok kat dapur banyak betul kabinet, boleh sorok apa yang tak perlu, yang paling penting rumah orang islam.


24 ulasan:

  1. Owhhh duk umah baru.. selamat berpindah ye kak :)

    BalasPadam
  2. assalamualaikum.
    cantik kabinet dapur dia...byk boleh simpan tu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu intah..rumah lama tak ada kabinet camni

      Padam
  3. yer, cantik kabinet dia...warna kegemaran saya tu..brp sewanya kak..

    BalasPadam
  4. Sy kat sini pun cari rumah sewa yg fully furnished. Tapi memang mahal banding yg tak furnished. Tak larat nak menjual balik kalau nak balik for good nanti.

    InsyaAllah ada rezeki kita jumpe di miri yea auntie. Abg sy kerja kat baram, tp balik naik flight ikut miri ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. biasalah duk luar negara harga memang mahal kalau fully furnished, nasib baik anak auntie dapat rumah fully furnished dulu.
      Cepat datang, mana tau nanti kena balik ke semanjung pulak

      Padam
  5. Balasan
    1. akak pun berkenan,,nanti ada rezeki bolehlah buat

      Padam
  6. assalamualaikum kakina...cantik rumahnya..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. mualaikumsalam mas zull
      alhamdulliah dapat rumah camni

      Padam
  7. Besarnya rumah..best sgt dpt dok umh yg selesa..

    BalasPadam
  8. Nampak luas dan mudah untuk famili berkumpul nanti.

    BalasPadam
  9. Puashati kalo rumah cantik dan luas mcm ni. Fully furnished plak tu.

    BalasPadam
  10. besar n luas...best la kak...

    BalasPadam
  11. pindah rumah memang penat kan, kak..lega bila dah abis berkemas. nie suami berura2 nak pindah lagi..tak boleh bayang lah penatnya macam mana bila barang pun dha beranak-pinak nie kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. lawanya rumah baru akak...nampak baru dan luas

      Padam
  12. Assalam k.ina,rmh sewa k.ina di area mana tu?sy tinggal d miri,skrg ni tgh cari rmh sewa sbb tuan rmh nk jual rmh yg kami sewa skrg ni..bestnya kalo dpt rmh mcm k.ina tu ye..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hawa
      call no Kak Wati
      019 8599033
      kat Desa Murni dekat Shell..call cepat yer

      Padam
    2. akak nak pindah balik semenanjung cukup bulan Januari ni

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers