OOO

Isnin, Januari 05, 2015

Resepi Bingka Labu Kuning Lemak Manis

Assalammualaikum

Masakan labu adalah kegemaran suami dan adik beradik beliau, apa kan daya akak ni tak pandai nak masak dari muda sebab belah akak memang tak suka makan.

Bila suami ashik sebut sebut, akak pun belilah labu, dah pandai sikit masak labu masak lemak dan pucuk labu.  Kali ni akak nak cuba buat pula bingka labu.
Yeszaa percubaan pertama menjadi, akak buat setengah adunan jer dan guna bekas remekin bentuk love sebab tak yah potong.   

Akak garingkan permukaan sebab suka makan kerak, akak ambil resepi dari blog Madiha.

(Loyang bulat 9”)

BAHAN-BAHAN
2 biji telur
2 cawan santan (guna santan kotak kara 200ml, selebihnya tambah air biasa je)
1/2 cawan susu cair
2 cwn tepung gandum
1/2 cawan gula pasir halus
1/2 cawan susu pekat manis
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar butter/minyak sapi-akak guna butter
2 cawan labu- yg telah direbus, toskan dan dilecek
sedikit bijan utk tabur di atas permukaan kuih

CARA-CARA
Panaskan oven pada suhu 200C, lenser loyang dengan mentega, panaskan sebentar .
Satukan bahan2 diatas kecuali labu yg di lecek dan bijan dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu. (akak guna blender)
Tapis adunan tadi. Tuangkan dalam mangkuk besar dan masukkan labu yg telah di lecek, kacau hingga rata.
Tuang dalam loyang yang telah di panaskan tadi.
Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.
Biarkan kuih betul2 sejuk barulah di potong.*

*Labu tu sengaja saya tak blender sekali sebab suka tenguk jalur2 labu yg tak hancur sangat masa kuih di potong. Rasa makin teruja nak menikmati kesedapannya.

3 ulasan:

  1. Assalamualaikum kak ina, morning!
    best je tgok... zaza pernah buat pengat labu hihihi..

    BalasPadam
  2. Memang sedap ni, teringat dulu nenek selalu masak sekarang dia pon dah tak sihat sangat kena suh mak atau wife la masak tapi rase air tangan beza2...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...