OOO

Khamis, Mei 21, 2015

Travel : Jelajah Gunung Niah Miri Sarawak

Assalammualaikum


Aduhai sejak balik semula ke Semenanjung, mood nak update blog merudum.  Al maklumlah kat sini boleh kata setiap hujung minggu ada ajer program tak macam kat Miri.

Jejalan kat Gunung Niah tahun lepas, baru sempat nak buat N3.  Nak buat kenangan untuk anak-anak yang melawat kami masa kat sana dulu.
Dari Borneo Tropical Rainforest Resort kami meneruskan perjalanan ke  pekan Batu Niah yang mengambil masa kurang sejam.  Kalau dari Miri kira-kira 103km.

Anak anak yang teruja nak tenguk apa yang ada, sebelum tu suami akak dah pernah masuk ke dalam bersama rakan sekerja. Gambar yang ada ni di ambil oleh akak kat bawah jer dan suami yang pernah masuk kedalam.  Anak anak ada ambik gambar tapi tak cantiklah pulak.

Suami bagitau apa yang perlu di bawa bila masuk ke dalam seperti sarung tangan, mask, air minum, kamera dan lampu suluh atau head lamp untuk setiap orang. 

Kalau boleh janganlah pakai kasut yang tak sesuai seperti kasut yang bertumit, memang haru tau, gunakan kasut sukan.  

Sebaiknya datang sebelah pagi, sebab perjalanan dari Miri lebih kurang 2 jam, cam kami anak-anak kelam kabut sebab masuk selepas solat Zohor.  
Head Quarter Niah National Park.  Nak masuk kena bayaran yer RM10.00 setiap orang. 
Ambil gambar dulu, alhamdulliah dapat gak mak jejalan kat Sarawak.
Suka bila dapat lihat senyuman mak.
peta Niah National Park


tempat naik perahu berenjin, suami akak perati ajer anak-anak dari jauh.  Risau gak gamaknya bila tak ada orang tua ikut
Nak sampai ke Gua Niah kena naik perahu ni..
kena bayar RM1.00 sehala.
memang kena naik perahu ni, tak kan nak berenang bahaya wei..
kalau berani nak tenguk buaya ngap kita bolehlah berenang dalam sungai kat sini
Yang pergi Russhdi, Firdaus, Yana, Ira dan Imran. Kami pulang ke Miri lepas melawat kawasan sekitar.
tak jauh sangat pun dalam 50 meter
Kami jejalan tenguk chalet tapi sayangnya macam tak terjaga.  Surau dan bilik air pun sama, sayang tempat yang jadi tarikan pelancung tidak di jaga dengan sempurna.  
 Suami ajak gak bermalam kat sini, ishh tak naklah akak, seram weiii tenguk suasana kat sini. Baiklah balik rumah.

ulat gonggok tengah dating :)
Perjalanan hampir empat kilometer untuk menjejaki tamadun manusia zaman Praneolitik dan Neolitik di Gua Niah memang berbaloi walaupun baju basah lencun dengan peluh.


Di pertengahan jalan nak ke 
Gua Niah ada jual pelbagai cenderamata yang harganya berpatutan yang di jual oleh penduduk yang tinggal di rumah panjang berdekatan.

Ada juga minuman  yang harganya agak mahal jugaklah. Baiklah bawa air banyak-banyak yer


Setelah berjalan lebih 3 kilometer akhirnya sampai ke pintu gua pertama iaitu  Gua Dagang.
Suami akak masuk melalui pintu Dagang selepas tu masuk 2 pintu yang lain tapi dia tak ambil gambarlah pulak.
Bila tenguk tangga ni, memang confirmlah akak tak larat nak naik.  
Aktiviti mengambil sarang burung layang-layang oleh masyarakat tempatan masih dapat dilihat melalui kewujudan galah-galah buluh panjang di sepanjang gua berkenaan nak ambik sarang burung. Bukan senang nak ambil sarang burung yang ada di sini, tinggi pulak tu.  

gua dagang
Suami kata kat sini bau busuk sebab banyak tahi burung, tu sebab kena bawa sarung tangan atau apa apa yang sesuai supaya kita selesa berada kat dalam ini. 

Nasib baiklah suami dah pesan anak anak  bawa lampu suluh.  Takut jatuh sebab kat dalam gua sebab cuma ada sedikit cahaya.  Kalau jatuh memang harulah a sebab banyak tahi kelawar dan burung.

Pemandangan depan Gua Niah.  Anak akak kata memang berbaloi masuk ke Gua Niah, tapi penatlah. Balik ke Miri mereka sempat singgah di Pantai Esplande, Luak Bay nak ambil gambar matahari terbenam. 


Fakta Gua Niah-Taman Negara Niah
Gua Niah merupakan sebuah gua yang terbesar di Malaysia dan penuh dengan sejarah.  Merupakan antara gua batu kapur yang terbesar di di dunia. Di dalam Gua Niah juga menunjukkan bukti kehidupan awal manusia di daerah ini.
Gua Niah juga merupakan salah satu gua tertua di dunia dan telah diwartakan sebagai tapak bersejarah di bawah kuasa Muzium Sarawak.  Gua Niah terbentuk sebagai terumbu karang pada akhir Miocene sebelum pergerakkan bumi yang mengangkatnya dan di hakis membentuk gua.

Gua Niah seluas 12 hektar dan kawasan dalam gua dianggarkan tiga kali padang bola sepak.  Selain pintu masuk utama Gua Niah terdapat 5 bukaan lain dengan kamar di belakangnya yang di kenali sebagai Mulut Besar, Lubang Tulang, Lubang Hangus, Gan Kira dan Lubang Tahi Menimbun.

Taman Negara Gua Niah seluas 3,138 hektar kawasan batu kapur dan hutan.  Ia diwartakan sebagai Monumen Sejarah Kebangsaan pada 1958 dan pada 23 November 1974 di wartakan sebagai Taman Negara dan di buka pada umum pada 1 Januari 1975.
Terdapat 3 gua utama di Taman Negara Niah iaitu Gua Dagang, Gua Besar dan Gua Lukisan.

Gua-gua ini mula di teroka pada 1957 oleh kurator Muzium Sarawak yang dikenali sebagai Tom Harrison.
Beliau mengendalikan ekspedisi arkeologi untuk mengkaji peninggalan sejarah manusia zaman itu.

Di kawasan gua itulah artifak zaman batu dan rangka manusia moden tertua di Asia Tenggara di temui. Penemuan ini menandakan wujudnya satu peradaban manusia dan menjadikan taman itu sebagai satu pusat arkeologi terpenting di dunia.

Info selanjutnya kat SINI

Menarik bukan, kalau ke Miri jangan lupa gi Gua Niah yer.



3 ulasan:

  1. Sayang ketika bertugas disana tidak berjalan-jalan makan angin.

    BalasPadam
  2. serawak salah satu tempat menarik..mesti pergii ni...

    BalasPadam
  3. Cantik tempatnya boleh p ni utk menghilangkan stress jem..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...