OOO

Rabu, Jun 24, 2015

Resepi Pavlova Sedap Dan Mudah

Assalammualaikum semua

Yana dan suami balik bercuti, suaminya suka pavlova ni.  Nak buat bukan susah sangat pun, cuma belilah buah-buahan masam dan whipping cream.  Yang lain ada stock kat rumah.

Kalau nak hasil yang terbaik sebelum pukul putih telur kena panaskan oven dan bekas pemukul hendaklah di bersihkan dari sebarang minyak.  Akak selalu guna jus limau kasturi untuk menghilangkan minyak dan lap dengan kain bersih.

Bahan-bahan 
4 biji putih telur
1 1/2 cawan (kalau tak nak manis boleh guna 1 cawan)
1 sudu teh cuka makan
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu makan tepung jagung

Cara Membuatnya
  1. Panaskan oven dengan suhu 120 C.Pukul putih telur sampai jadi bertanduk sambil di masukkan gula sedikit demi sedikit.(pukul in high speed). 
  2. Bila dah bertanduk (bila di terbalikkan bekas adunan tak jatuh) masukkan bolehlah dimasukkan cuka, pukul lagi, masukkan pula essen vanilla dan akhir sekali masukkan tepung jagung dan kacau lagi sehingga rata.
  3. Pukullah adunan itu sehingga nampak glossy.
  4. Alaskan dulang pembakar dengan kertas minyak dan bentukkan menjadi bulatan dan letakkan adunan telur dalam bulatan. 
  5.  Masukkan kat dalam oven dan dibakar selama 1 jam setengah (1 1/2 jam) pada suhu 120′C atau sehingga berwarna coklet susu.

Tips
  1. Pastikan bekas adunan untuk kembangkan gula dan white eggs adalah bersih. Jika tidak, adunan tersebut tidak kembang.
  2. Pastikan Pavlova sejuk sepenuhnya didalam oven sebelum dikeluarkan.
  3. Kalau nak buh buah oren, strawberi,anggur,blueberry(buah-buahan yang masam) pun boleh sebab nak imbangkan rasa manis palova ini.

8 ulasan:

  1. aduss..sedapnya...x pernah buat lagi.sejak dah kurangkan gula dalam makanan ni dah tak merasa mkn pavlova...huhuhu

    BalasPadam
  2. Saya suka makan pavlova
    tp bab nk buatnya tu...ya ampun.....malas sungguh

    BalasPadam
  3. Serius sedap dan mudah untuk dibuat. :)

    BalasPadam
  4. saya suka pavlova.. tapi pukul sampai bertanduk tu apa maksudnya..?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pukul sampai likat..kalau di dibalikkan bekas adunan tak jatuh kebawah.

      Padam
  5. Sy dah try buat...tp knp dah satu jm ..putih telur tu x btndukpun.... duk cair mcm tu je

    BalasPadam
  6. Nak trylah nanti!!!!!tq kak ina...

    BalasPadam
  7. Nak trylah nanti!!!!!tq kak ina...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers