OOO

Memaparkan catatan dengan label cara buat pavlova. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cara buat pavlova. Papar semua catatan

Rabu, Jun 24, 2015

Resepi Pavlova Sedap Dan Mudah

Assalammualaikum semua

Yana dan suami balik bercuti, suaminya suka pavlova ni.  Nak buat bukan susah sangat pun, cuma belilah buah-buahan masam dan whipping cream.  Yang lain ada stock kat rumah.

Kalau nak hasil yang terbaik sebelum pukul putih telur kena panaskan oven dan bekas pemukul hendaklah di bersihkan dari sebarang minyak.  Akak selalu guna jus limau kasturi untuk menghilangkan minyak dan lap dengan kain bersih.

Bahan-bahan 
4 biji putih telur
1 1/2 cawan (kalau tak nak manis boleh guna 1 cawan)
1 sudu teh cuka makan
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu makan tepung jagung

Cara Membuatnya
  1. Panaskan oven dengan suhu 120 C.Pukul putih telur sampai jadi bertanduk sambil di masukkan gula sedikit demi sedikit.(pukul in high speed). 
  2. Bila dah bertanduk (bila di terbalikkan bekas adunan tak jatuh) masukkan bolehlah dimasukkan cuka, pukul lagi, masukkan pula essen vanilla dan akhir sekali masukkan tepung jagung dan kacau lagi sehingga rata.
  3. Pukullah adunan itu sehingga nampak glossy.
  4. Alaskan dulang pembakar dengan kertas minyak dan bentukkan menjadi bulatan dan letakkan adunan telur dalam bulatan. 
  5.  Masukkan kat dalam oven dan dibakar selama 1 jam setengah (1 1/2 jam) pada suhu 120′C atau sehingga berwarna coklet susu.

Tips
  1. Pastikan bekas adunan untuk kembangkan gula dan white eggs adalah bersih. Jika tidak, adunan tersebut tidak kembang.
  2. Pastikan Pavlova sejuk sepenuhnya didalam oven sebelum dikeluarkan.
  3. Kalau nak buh buah oren, strawberi,anggur,blueberry(buah-buahan yang masam) pun boleh sebab nak imbangkan rasa manis palova ini.

Khamis, Disember 13, 2012

Pavlova Macam-Macam Rupa

Assalammualaikum semua

Aduhai meroyan tul bila tak ada line internet..semuanya di sebabkan kelalaian kami tak off pc dan cabut plug modem.  Hari Ahad keluar gi jejalan cari barang..ingatkan tak hujan, rupanya hujan lebat dan petir berdentum dan apa yang kami takutkan terjadi juga.

Balik rumah semuanya dah terjadi, tak guna di sesali..nasib baik line dan talipon ajer yang rosak...kena beli modem sajer dan tunggu 3 hari .  Kalaulah pc yang kena lagi haru kena keluar ribu riban.
Kebetulan hari ni 12-12-2012 tarikh lahir akak, line ada balik.  Alhamdulliah...terima kasih buat teman-teman fb yang sudi mendoakan akak sekeluarga.  Semuga perkenalan kita berkekalan hendaknya.

Buat pavlova ni masa Yana balik tempuh hari.  Buah strawberi ada stok dan tak leh simpan lama, kali ni akak buat kecik-kecik dan suruh anak-anak hias ikut suka.

Dah banyak kali buat dan akak lebih suka guna resepi yang ni.  Gula tak leh kurangkan banyak sangat ..takut tak jadi.
Kalau sape nak buat boleh refer kat SINI

Ahad, Oktober 14, 2012

Pavlova Yang Sedapppppp

Dulu dah pernah buat sekali Pavlova..masa tu cuma buh strawberi sahaja.  Kali ini akak letak 3 jenis buah-buahan dan buat 2 lapisan.  Barulah rasa lagi umphh dan tak terasa manis sangat.

 
Akak suka makan buh whipped cream bebanyak ..sebab buat sendiri kan..kalau beli taklah buh banyak camni.
 
Bahan-bahan 
4 biji putih telur
1 1/2 cawan (kalau tak nak manis boleh guna 1 cawan)
1 sudu teh cuka makan
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu makan tepung jagung


  
  Lapisan pertama buh whipped cream (diputar dulu sehingga bertanduk) pastu letak yang pavlova yang kedua dan buh lagi whipped cream..tenguk akak buh bebanyak sebab suka makan whipped cream ni ..barulah tak rasa manis sangat
Cara Membuatnya
  1. Panaskan oven dengan suhu 120 C.Pukul putih telur sampai jadi bertanduk sambil di masukkan gula sedikit demi sedikit.(pukul in high speed). 
  2. Bila dah bertanduk (bila di terbalikkan bekas adunan tak jatuh) masukkan bolehlah dimasukkan cuka, pukul lagi, masukkan pula essen vanilla dan akhir sekali masukkan tepung jagung dan kacau lagi sehingga rata.
  3. Pukullah adunan itu sehingga nampak glossy.
 
mengada-gada konon tak buat bulat kali ni..buat bentuk camni pulak
Alaskan dulang pembakar dengan kertas minyak dan bentukkan menjadi bulatan dan letakkan adunan telur dalam bulatan. 
 
4. Masukkan kat dalam oven dan dibakar selama 1 jam setengah (1 1/2 jam) pada suhu 120′C atau sehingga berwarna coklet susu.

Tips
  1. Pastikan bekas adunan untuk kembangkan gula dan white eggs adalah bersih. Jika tidak, adunan tersebut tidak kembang.
  2. Pastikan Pavlova sejuk sepenuhnya didalam oven sebelum dikeluarkan.
  3. Kalau nak buh buah oren, strawberi,anggur,blueberry(buah-buahan yang masam) pun boleh sebab nak imbangkan rasa manis palova ini.

Sabtu, Jun 30, 2012

Makan Palova Sedap Rumah Eyriqazz

tenguk gambar pun dah kecur air liur kan..kan..kan..
Palova  atau pun nicknamenya Pav (^_^) sekarang ni menjadi kegilaan untuk di santap oleh orang ramai.  Palova adalah sejenis  pemanis mulut atau sejenis meringue cake yang bahan asasnya terdiri daripada buih putih telur dan gula. 
Tesktur luarnya sedikit garing dan isinya tersangatlah lembut, cair di mulut.  

Harganya pun kedabom.  Kalau nak di ikutkan basic palova cuma putih telur sahaja tapi yang buat Palova mahal disebabkan buah-buahan yang di letak di tengah dan di atas palova ini. Whipping cream pun ashik naik harga ajer..  Bila di makan hasil dari gabungan  manis (meringue cake) dan masam (buah-buahan) memang terasa kesedapannya. Kalau cuma ambik meringue cake tu ...memang manis teramat sangat.
Akak di jemput oleh  Mat Tiger aka @Eyriqazz @GTO hari Sabtu lepas untuk meraikan anak perempuan dia yang telah berumur 3 tahun.  Bila tenguk Palova atas meja...wah mesti terjah ni dulu ni..tapi kenalah tunggu birthday girl tiup lilin dulu

Akak pernah cuba buat Palova ni ..tapi buat satu layer ajer..buah-buahan pun tak semewah Palova di rumah Eyriqazz..cuma letak buah strawberi ajer..kalau nak jenguk cara akak buat bolehlah ke SINI

Insyallah tak lama lagi anak pempuan akak balik akak nak buat lagi Palova ni sebab tak puas makan kat rumah orang..malu nak ambik banyak-banyak sebab ramai yang nak rasa kesedapan Palova ini.

Kalau korang nak order korang gi terjah blog Tukang Sponsor Palova Untuk Birthday Alisya...erhmmm nanti hari jadi akak dia nak sponsor tak? 
p/s dengar cerita ada GTB ambik sampai 2 kali .akak tau sape dia....empunya gambar ni rupanya...tak per..kasi can kat dia.

Rasanya semua kalau dapat makan free tentu ambik 2 kali kan...betul tak?


Isnin, Julai 25, 2011

Resepi Pavlova

Agak sibuk pada minggu ni. Maaf tak dapat jawab komen anda semua.
Terliur tenguk orang buat pavlova ni. Rasa takut gak kalau tak jadi. Alhamduliah setelah tenguk kat youtube camner orang buat akhirnya jadi gak pavlova ni. Akak gi ke hotel jadi Yana yang make over pavlova ini. Bila balik malam dah tinggal separuh camni. Maaflah resepi ni bercampur aduk dalam bahasa inggeris.
Bahan-bahan
4 eggs white
1 1/5 cups sugar (If you want less sugar just use 1 cup)
1 teaspoon of vinegar
1 teaspoon of esen vanilla
1 tablespoon of cornflour

topping
It’s actually depend on us on how to put on the top of the pavlova. The typical way is by topping it with cream and fruits. What I did, I topping the pavlova with cream mix with whipped cream and fruits, of course.
Cara Membuatnya
  1. Panaskan oven dengan suhu 120 C.Pukul putih telur sampai jadi bertanduk sambil di masukkan gula sedikit demi sedikit.(pukul in high speed).
    Bila dah bertanduk (bila di terbalikkan bekas adunan tak jatuh) masukkan bolehlah dimasukkan cuka, pukul lagi, masukkan pula essen vanilla dan akhir sekali masukkan tepung jagung dan kacau lagi sehingga rata.
  2. Pukullah adunan itu sehingga nampak glossy.
  3. Alaskan dulang pembakar dengan kertas minyak dan bentukkan menjadi bulatan dan letakkan adunan telur dalam bulatan.
4. Masukkan kat dalam oven dan dibakar selama 1 jam setengah (1 1/2 jam) pada suhu 120′c atau sehingga berwarna coklet susu.

Tips

  1. Pastikan bekas adunan untuk kembangkan gula dan white eggs adalah bersih. Jika tidak, adunan tersebut tidak kembang.
  2. Pastikan Pavlova sejuk sepenuhnya didalam oven sebelum dikeluarkan.
  3. Kalau nak buh buah kiwi,blueberry(buah-buahan yang masam) pun boleh sebab nak imbangkan rasa manis palova ini.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...