OOO

Jumaat, Ogos 07, 2015

Resepi Kuah Majid Satay Mudah dan Sedap

Assalammualaikum semua

Masa suami habis puasa enam, akak merajinkan diri menyediakan lauk raya sekali lagi, ala buat bukan banyak pun, buat sikit ajer.

Mula mula masak rendang itik, tengahari masak kuah lodeh dan petang masak kuah kacang.  Ketupat pulak akak rebus balik lebihan raya dan rebus sebungkus nasi impit.  Bila ada lauk camni Imran pulak suruh cari lemang tengah malam.  Manolah nak cari tengoh malam anak oiiii
Kali ni akak ikut resepi dari Kak Jee, arwah bapa beliau dulu peniaga satay yang di sebut Majid Satay.  

Tak silap akak dulu waktu kecik, arwah abah pernah bawa kami makan Majid Satay ni.  Memang fofolur cam jenama satay yang ada sekarang ni.

Bahan-bahan
600 gm kacang tanah yang telah disangai
5 biji bawang besar
½ cawan cili kering dikisar
1 cawan gula melaka
1 cawan minyak 
garam secukup rasa

Cara: 

Kacang tanah mestilah cukup masak sewaktu disangai. Dibuang kulit, disejukkan dan direndam seketika sebelum dikisar. Ketika kisar dalam blender, guna air secukupnya untuk gerakkan blender. Jangan terlalu banyak sangat air. 

Bawang besar di mayang. Kemudian panaskan periuk guna 1 cawan minyak dan tumislah bawang hingga wangi. Kemudian masukkan cili kering kisar dan goreng sampai naik minyak. Apabila sudah naik minyak, masukkan kacang yang telah diblend. Air juga dimasukkan sebenyak kira2 dua cawan. Bila sudah mendidih, masukkan gula melaka dan garam. 

Kuah satay akan menjadi pekat apabila ia sudah sejuk. Jadi, pandai2lah nak agak banyak mana air yang hendak diletak.

4 ulasan:

  1. ramainya update resipi kuah kacang.hehehe

    BalasPadam
  2. Time beraya mcm ni sedap makan nasi impit cicah kuah kacang kak...

    BalasPadam
  3. salam kenal, blh cuba resepi nie, tq yer sudi share k ina....anyway saya blogwalking kt sini...jemput singgah kat blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers