OOO

Selasa, September 15, 2015

Menu Berpantang : Ikan Kukus

Assalammualaikum semua

Kat rumah akak ni memang tak pernah buat ikan kukus sebab tak ramai peminat.  Akak tanya yana nak tak makan ikan kukus.  Yana kata ok jer.  Kebetulan rakan kat instagram ada tunjuk gambar ikan merah kukus.

Akak pun tanya camner nak buat,  Akak guna isi ikan jenahak, dan bahan yang lain pakai agak agak jer.


2 ketul ikan jenahak
halia muda-hiris
3 bawang putih-hiris
1/2 bawang besar-hiris bulat
kicap masin
sedikit minyak bijan
#tinggalkan sedikit bahan hiris untuk tumisan

Hiasan
Daun bawang/ketumbar

Kukus ikan bersama semua bahan.
Bila dah masak keluarkan ikan sahaja dan susun dalam bekas.
Potong daun bawang dan ketumbar panjang dan letak atas ikan,
Tumis sedikit bawang putih dan hirisan halia menggunakan minyak zaitun.
Masukkan sos\air yang keluar dari ikan semasa di kukus.
Masukkan sedikit gula dan kicap masin biarkan mendidih baru dicurah semula atas ikan tadi,
Tuang sedikit minyak bijan. Sedap di hidang panas-panas.




3 ulasan:

  1. saya "tak berani" nak buat ikan kukus..takut hanyirnya tak hilang..tapi resepi ni nampak cam sedap, boleh cuba nanti..tq for sharing.

    BalasPadam
  2. zaza suka jugak ikan kukus.. biasa lepas kukus tu zaza goreng mcm tu.. sedap! sekali sekala ubah suai ikan goreng hehe

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers