OOO

Ad

Khamis, Oktober 01, 2015

Resepi Berpantang : Ikan Senangin Masam Manis

Assalammualaikum semua

Bukan senang nak cari idea nak masak untuk Yana rupanya.  Puas gak cari kat google sebab kadang kala buntu dibuatnya.
Sepatutnya buh nanas dalam tin atau hirisan nanas dan buh cili kisar, oleh sebab Yana tak boleh makan akak buat yang simple ajer. Kita bega bega ajerlah kan

Bahan-bahan
2 ketul ikan senangin
sedikit halia
1/2 bawang besar-hiris bulat
2 biji bawang putih
sedikit lada hitam
sos tomato
sos cili
gula dan garam
minyak untuk menggoreng
sedikit air
sedikit serbuk kunyit

Cara-cara

  1. Basuh ikan dengan air limau kasturi atau asam jawa
  2. Tumbuk lada hitam, bawang putih dan halia
  3. Lumur dengan serbuk kunyit dan garam dan goreng garing
  4. Keluarkan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga wangi
  5. Masukkan sedikit air dan masukkan sos cili dan sos tomato
  6. Biarkan mendidih baru masukkan sedikit gula dan garam
  7. Masukkan ikan dan hirisan bawang besar dan rasa dulu sebelum tutup api

2 ulasan:

  1. ikutkan memang x leh makan cili kan kak...tp pandai2 la kita begakan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. cili sos tak pedas amanda, bukan buh banyak pun

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers