OOO

Rabu, Mac 02, 2016

Roti Cheese Dan Roti Sosej Sedap dan Lembut

Assalammualaikum semua

Mood meroti dah tiba, dah lama dah breadmachine bawa balik dari rumah gombak, tapi di sebabkan mood nak meroti tak ada, ambik masa gak aaa nak buat padahal bahan dah siap beli.

Orang kata kalau tak ada mood, memang roti pun tak ada mood nak naik..entah betul ataupun tidak tak taulah.  Banyak gak resepi roti kat blog akak ni, kalau nak tenguk boleh ke kotak search dan taip resepi roti yer

Akak dapat resepi ni dari member fb Ainy, dia dapat resepi dari Isma Maisarah.

Mula-mula sekali kena buat water roux dulu dan sejukkan. 


Bahan-bahan


  • 2 sudu besar tepung gandum/high protein flour
  • 125ml air
Cara-caranya
  1. Satukan bahan dan masak hingga sehingga kelihatan pekat tapi jangan sampai mendidih.
  2. Kacau sentiasa untuk elakkan berketul dan sejuk kan di dalam peti ais. 
  3. Saya letak dlm freezer sebelum siapkan bahan-bahan yang  lain. Buat awal pun boleh.


buat bulat bulat pastu tabur ajer cheddar cheese yang dah di parut
Bahan doh

250 gm tepung hp/gandum
1 sudu teh yis
1/2 sudu teh bread improver (optional)
3 sudu besar susu tepung
2 sudu besar gula (boleh +/-)
1 biji kuning telur
` sudu besar water roux
110ml air sejuk
40 gm butter/marjerin/shortening
1/2 sudu teh garam

(sukatan sudu menggunakan sudu metrik)

Cara-caranya

  1. Satukan bahan-bahan kering kecuali garam dan butter, masukkan pula bahan bahan basah..uli sekejap. Kemudian baru masukkan butter dan garam
  2. ..Uli adunan hingga elestik. timbang doh dan bulat2kan..rehat doh dlm 10-15 minit, bentukkan  doh ikut suka, 
  3. Biarkan doh naik lagi sekali baru bakar dengan suhu 170C sehingga perang.
p/s  Kalau guna bm masukkan dulu cecair baru masuk bahan kering.
Keluarkan doh, tumbuk dan uli ikut suka.


kalau nak buat buat sosej boleh 
tenguk caranya kat SINI

2 ulasan:

  1. Wah nampak gebu. Memang layan dapat minum petang bersama keluarga.

    BalasPadam
  2. mmg best bila mkn roti panas2....

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers