OOO

Khamis, Mac 03, 2016

Penawar Denggi- Air Zam Zam Yang Terbaik

Assalammualaikum semua
Bulan lepas memang satu cabaran akak sebab dua anak lelaki di masukkan ke hospital akibat denggi, suami pulak jauh di mata tapi dekat di hati.

Cucu saudara suami meninggal di sebabkan penyakit denggi berdarah, boleh baca kisahnya kat SINI. Al fatihah

Bila up status kat fb minta doa dari rakan rakan ada pelbagai petua/penawar yang nak cepat sembuh dari penyakit yang dikatakan memberbahaya ini.

Dah ada dah pengalaman jaga anak iaitu Ira dan Imran yang kena dulu, yang paling teruk Imranlah. Lama juga kena tahan kat wad mereka berdua..kisahnya kat SINI


 Bila rakan rakan bagi petua, akak hargai dan terus gi cari daun betik yang di katakan paling mujarab.  Alhamdulliah cari kat Pasar tani ada,satu ikat RM5 balik terus tumbuk dan perah airnya.
Kedua anak minum terbelahak disebabkan rasanya yang aduhaiii pahit sesangat. Bau pun boleh tahan.Akak pujuk gak supaya mereka cepat sembuh, sebab akak dah pindah duk luar dari Kuala Lumpur, Imran pula sekolah jadi tak ada masa nak pergi kalau weekdays.

Selain tu akak bawakan juga bubur nasi dan sup ketam, salah satu yang di katakan baik untuk penyakit ni.  Oleh sebab sorang kat Hospital Selayang dan sorang lagi kat Ampang Putri puaslah gak berulang selama dua hari.  
 Ada pula syorkan minum air jambu merah muda ni, adik akak bawakan 3 kotak, tapi bila kena denggi memang tekak tak lalu nak telan.
Anak yang sulung tak teruk sangat, baru dah nak kena, tapi yang paling teruk Firdaus.  Turun sampai 20, punyalah risau akak dibuatnya.  Lagipun dia tak minum banyak sebab duk dalam air cond, mana ada rasa haus.

Kejap naik dan turun balik, sehinggalah rakan bawakan air zam zam.  Akak boleh tak teringat nak gi beli..fikiran serabut kot.  Terima kasihlah buat rakan dia tu.

Alhamdulliah lepas minum terus naik platlet darah naik sehingga 200, apalagi Puan Dr pun terkejut aaa. 

Tanya minum apa?  Puan Dr tahan lagi sehari nak tenguk kot kot lah ada penyakit lagi sebab  jarang terjadi macam ni. 

Alhamdulliah tak ada sakit apa apa, terima kasih buat teman teman yang sudi beri petua dan tips di facebook dan whatsapps.

Tidak ada air sehebat dan sebaik air zam zam di dunia ini kerana air zam zam adalah air dari syurga,
MasyaAllah..Subhanallah, hanya dia yang maha mengetahui.

3 ulasan:

  1. SubhanaAllah kak. Alhamdulillah dh smbuh. Air zam2 yg sgt mujarab atas izinNya

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah kak....sebaik2 penawar kan kak...syukur

    BalasPadam
  3. alhamdulillah..kadang- kadang fikiran kusut memang tak boleh nak fikir kan kak?

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...