OOO

Khamis, Mei 19, 2016

Ayam Panggang Rosemary & Lemon Mudah

Assalammualaikum semua

Suka masak camni, sebab senang nak buat dan tak yah renyah nak masak kat dapur, terus ajer masuk dalam oven.

Cili flakes selalu akak simpan bila beli domino pizza, kali ni nak bagi pedas akan campurkan sekali dalam perapan.
Resepi pernah jadi viral satu ketika dulu bila ramai geng masak memasak mencubanya.  Gambar selepas masak lupa pulak nak ambil.

Bahan-bahannya
  • 1 ekor ayam sederhana-potong 12
  • 1 biji lemon-1//2 potong dan 1/2 lagi ambil jus
  • 2 tangkai rosemary/rosemary kering
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 sudu makan minyak zaitun (olive oil)
  • sedikit garam
  • sedikit serbuk lada hitam
  • sedikit cili flakes
Bahan lain untuk di bakar 
  • kentang russet, dipotong 6
  • bawang, dipotong bulat
Cara-caranya

1. Bawang putih ditumbuk sehingga lumat. Kemudian masukkan rosemary bersama minyak zaitun, garam, jus lemon dan serbuk lada hitam dan tumbuk-tumbuk sikit kasi sebati.
2. Lumurkan bahan-bahan yang telah ditumbuk pada ayam dan biarkan selama 15 minit atau perap lebih lama pun bagus sebelum dibakar.(akak kelar-kelar kat bahagian isi..nak bagi serap segala rempah. Campurkan sekali cili flakes
3.  Sebelum di bakar masukkan kentang, hirisan lemon dan bawang besar.
4. Bakar ayam dalam oven selama 1 jam pada suhu 200-220 C atau sehingga ayam masak.
 

4 ulasan:

  1. Salam Amie..lama deah simpan resepi ni..bila larrrr rajin nak membuatnya..huuuu

    BalasPadam
  2. Opsttt..Maaf kak ina trsilap taip nama lak.....

    BalasPadam
  3. Salam KakIna KL,

    memang sedap ni, Azzah pernah cuba buat ...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers