Assalammualaikum semua
Masa kat Abu Dhabi kami memang guna bas dan taxi jika nak ke mana mana waktu cuti sebab suami kerja sekejap ajer kat sana. Nak sewa keta agak mahal, kami nak gak merasa cam mana naik bas bersama penduduk kat sana.
Sepanjang naik bas, memang akak tak jumpa pun orang tempatan, boleh di katakan yang naik adalah rakyat asing dan pelancung sahaja. Orang tempatan kaya, mereka naik keta yang murah sangat harganya kat sana.
Bayaran tambang AED4, dekat atau jauh sama ajer bayarannya, cuma kat town memang kena ada kad cam touch and go. Macam kat Kuala Lumpur gak, dah tak ada konduktor yang datang ambil duit dan bagi tiket.
Kat barisan hadapan memang di khaskan untuk kaum wanita sahaja, walaupun kita suami isteri dan ada baby, memang suami kena duk kat belakang, kecuali bas nak pergi ke tempat yang jauh cam Dubai, memang tempat duduk hadapan di khaskan untuk family. Yang lain kena duk kat belakang.
Rasa gak pengalaman naik bas kat tempat orang, kat tempat sini dah bertahun tahun tak naik dah.
menarik, salah satu destinasi saya ingin tujui adalah abu dhabi
BalasPadamDapat jgk merasa pengalaman naik bas kat negara org kan Kak?
BalasPadamSeronok akak ada pengalaman ke Abu Dhabi..SA pengalaman uruskan boss ke sana je
BalasPadam