Rabu, Ogos 24, 2016

Ikan Siakap Kukus Seri Wangi Sedap

Assalamualaikum

Payah nak buat ikan kukus kat rumah ni sebab suami tak suka lauk macam ni.  Akak buat ni untuk menantu yang sedang berpantang kat rumah akak. Dulu masa Yana berpantang akak dah cuba resepi yang INI.

Puas gak cari resepi kat google. Tertarik nak cuba resepi asal dari Chef Florence Tan tapi akak ambil dari blog Mat Gebu.

Memang sedap betul ikan stim ni bila makan panas-panas, air yang keluar pun sedap.

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan siakap, saiz sederhana
1/2 camca teh garam
1 camca teh tepung jagung
1/2 camca teh lada sulah kisar

BAHAN-BAHAN DISATUKAN :-)
3 camca besar jus limau kasturi
1 camca besar minyak jagung
1 1/2 camca teh gula
1/2 camca teh garam
10 biji cili padi, hiris halus
2 batang serai, ambil bahagian putih dan hiris halus
1 kuntum bunga kantan, hiris halus-tukar daun ketumbar
1 helai daun limau purut, hiris halus
1/2 inci halia, cincang halus
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 kiub pati ikan bilis, hancurkan-tak letak

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Siang ikan siakap, cuci dan gaul dengan sedikit tepung gandum dan jus limau nipis. Perap 15 minit, kemudian cuci bersih dan lap kering dengan tissue dapur. Sementara itu masukkan semua bahan2 yang disatukan ke dalam mangkuk dan kacau rata hingga rata. Ketepikan.
  2. Panaskan kukus, sediakan bekas tahan panas. Sapu dengan sedikit minyak jagung pada bekas tadi. Ikan siakap dikelar sedikit, kemudian lumur dengan garam, serbuk lada sulah dan tepung jagung, rata-rata termasuk bahagian dalam perut ikan. Letak dalam bekas tahan panas tadi.
  3. Tuang bahan2 yang disatukan atas ikan, ratakan termasuk dibahagian dalam perut ikan. Kukus selama 10 minit, atau hingga isi ikan bertukar putih. Hidangkan segera bersama nasi dan lauk2 lain

1 ulasan:

  1. nampak menarik, ada sekor ikan siakap dalam peti...bolehlah nak cuba esok

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers