Rabu, Januari 25, 2017

Kerabu Daging Sedap @Nue Nam Tok

Assalamualaikum semua😍

Bila tenguk gambar kerabu ni, akak pun menelan air liur, kalau nak buat kerabu daging ni akak suka menggunakan daging grill/panggang ataupun yang telah di salai.  Tak umphh kalau daging rebus, kurang aa rasanya.😌

Kat Salak Tinggi ni dah mula tak nampak matahari, sejuk aa, hingga nak mandi pagi kalau tak ada air panas, memang mandi macam dalam cerita P Ramlee, sejukkk😓

Perut pun ashik lapar ajer kan.

terliur tak 😋

Yang bestnya daun pudina dan daun selasih ambik dari kebun sekangkang kera kat tepi rumah. Resepi yang sedap dari geng my resepi yang rajin masak.

Bahan-bahan
  • 250gm daging batang pinang-akak gunakan daging salai (steak) yang diperap dengan garam dan serbuk kunyit
  • 1 sudu besar kicap
  • 1/2 sudu teh gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam yg ditumbuk
Cara-caranya
  1. Gaulkan semua bahan dan perap selama 30 minit.
  1. Kemudian gril dlm oven atau frying pan hingga masak.
  1. Hiris daging nipis-nipis dan ketepikan.
Bahan-bahan sampingan
  1. 5 ulas bawang merah ~ dihiris halus-akak tukar ke 1 biji bawang holland dihiris memanjang
  1. daun pasli/daun saderi ~akak tukar ke daun selasih
  1. daun bawang ~ dihiris
  1. sebiji mangga - di hiris
  1. 1/2 cawan daun pudina ~ tak letak
  1. 1 sudu besar gula pasir
  1. 1 sudu besar gula melaka/gula nisan
  1. 2 sudu besar sos ikan
  1. 2 1/2 sudu besar air limau nipis-guna air limau kasturi aje
  1. cili padi (ikut kepedasan) ~ diketuk dan dihiris (akak bubuh 3 biji aje)# resipi asal letak serbuk cili kasar
  1. 1 biji cili hidup-akak hiris serong---tak lehlah bubuh cili api banyak-banyak ..perut tak tahan...nanti ashik ke tandas aje...😖

Cara-cara 
  1. Masukkan kesemua bahan dalam sebuah bekas dan gaul sebati.
  2. Masukkan pula daging yg dah dihiris nipis-nipis tadi dan gaul hingga mesra.
  3. Rasalah, biar ada pedas, manis, masam dan masin.
  4. Pastu masuk dalam peti sejuk, bila nak makan baru keluarkan..umphhh sedappp😍

2 ulasan:

  1. singgah blog kak ina ni mesti terasa lapar! nampak sedap yummih!

    jom baca pasal Orang Dewasa dan Ubat Cacing.

    BalasPadam
  2. wahhhh sedapnya tengok..nak cuba la sebab kdg2 hilang idea nak masak apa :D

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers