OOO

Jumaat, Januari 20, 2017

Recommended Hotel Port Dickson for Your Memorable Stay

Kami sekeluarga memang suka menikmati dan melepak di tepi pantai, terutama anak anak.


Salah satu tempat yang kami suka berehat ialah ke Port Dickson Negeri Sembilan.
Bandar Port Dickson merupakan bandar di pinggir pantai yang menjadi destinasi pelancongan yang sangat popular bagi mereka yang rindukan ombak, bermain pasir pantai dan melakukan aktiviti air.
Perjalanan ke Port Dickson ini hanya mengambil masa sekitar satu jam dari bandaraya Kuala Lumpur dengan menggunakan Lebuhraya Utara Selatan.
Selain bercuti, anda juga berpeluang merasai makanan laut yang segar dan unik di sekitar bandar ini.
Jadi, bagi korang yang mengidam untuk ke sini dan menginap di mana mana hotel Port Dickson , jangan risau kerana kami ada penyelesaiannya.

Here I got some interesting hotel in Port Dickson yang boleh dikatakan mewah di sekitar bandar ini.

Lexis Hibiscus Port Dickson


Lexis Hibiscus ini merupakan salah satu hotel 5 bintang yang baru dibuka sekitar tahun 2015. Apa yang best pasal hotel ni?


Jawapannya adalah korang dapat private pool dan sauna di dalam bilik sendiri. So, korang tak adalah nak rasa segan silu mandi bercampur ramai-ramai dalam pool, sebaliknya korang boleh berendam puas-puas dalam bilik korang tu. Tak cukup dengan tu, hotel ini berkonsepkan penginapan atas air.




So, for korang yang terasa nak pengalaman ala-ala bercuti di Maldives, inilah tempatnya. Dengan senibina yang cukup unik dan pemandangan dari atas berbentuk bunga, hotel ini mampu memukau korang.




Bilik-bilik hotel di sini diwarnai dengan warna pastel yang lembut, membangkitkan suasana percutian yang mendamaikan. Layanan yang diberikan oleh pihak hotel ni juga memang superb.

Apabila korang check in, korang akan dibawa menaiki buggy untuk ke bilik masing-masing tapi korang boleh lah request nak tinjau-tinjau tempat sekali. Pandai-pandai korang lah.

Plus, kalau korang teringin nak makan dan malas nak keluar, no worries, everything is here.
Korang berpeluang memilih dua pilihan makan iaitu BBQ atau makanan Jepun yang di sediakan di kawasan hotel.
Avillion Port Dickson
Kalau korang dah rasa bosan dengan arus kemodenan dan nak merasa hidup tradisional dan tinggal di hotel yang mendamaikan, maka inilah hotel untuk anda.

Avillion Port Dickson ini digambarkan sebagai resort yang resemble perkampungan nelayan pada zaman dahulu. Dengan kemasan lantai kayu yang kemas serta pemandangan yang cantik, korang mesti terasa bagaikan berada di Bora-bora.
Apa yang paling best kat sini ialah korang dah xperlu lagi nak keluar ke apa, dalam ni pun dah cukup dan banyak aktiviti yang boleh anda lakukan.
Pertama, jika anda gemarkan flora, terdapat taman orkid dan taman herba yang boleh korang lawati. Terdapat pelbagai jenis tumbuhan unik yang sukar ditemui boleh anda lihat di sini.
Sebaliknya, jika anda pencinta haiwan, di sini terdapat zoo mini dan juga taman rama-rama. The best part is mostly haiwan kat sini jinak dan anda dibenarkan menyentuh mereka.
Selain itu, jika korang datang bersama keluarga, korang boleh beriadah di pool, water slide dan taman permainan.
Basically memang banyak sangat aktiviti yang boleh korang lakukan kat sini. So, kalau korang ke sini, pastikan korang book untuk 2 malam kerana sehari dah pun habis jalan-jalan dalam hotel ni saja!


Thistle Hotel
Thistle Hotel adalah hotel mewah yang patut anda jadikan sebagai penginapan jika anda datang bersama keluarga yang besar.
The best thing about this hotel is the facilities! Standardlah bila book hotel, pool mestilah keutamaan utama. Hotel ini menyediakan dua pool iaitu satu pool yang bersaiz besar dan satu lagi kat tepi beach.
Kalau anda mahukan privacy, mandilah di pool yang lebih kecil kerana ianya jauh dari orang dan terdapat sebuah kafe yang menyediakan makanan dan minuman pada harga yang berpatutan.

Next is the gym. Gym ini boleh diakses secara percuma jika anda menginap di sini. Gym yang disediakan amatlah luas dan dilengkapi dengan pelbagai peralatan yang up-to-date. So, kalau korang nak kekal sihat dan cergas, turunlah ke gym yang disediakan ini.
Selain itu, kepada mereka yang inginkan pengalaman tepi pantai, korang boleh berjalan dan bersantai di tepi pantai sambil menikmati keindahan perairan Port Dickson ini.
Selain itu, aktiviti air seperti  speed boat dan banana boat turut disediakan untuk memberikan pengalaman bercuti yang menarik buat pelanggan.
So, tunggu apa lagi geng, jom plan vacation dan
pilih hotel Port Dickson yang best and you would love to stay at.


10 ulasan:

  1. Betul k.ina...kt port dickson byk tempat2 menarik utk bercuti

    BalasPadam
  2. x pernah pi lagi...

    kuronofu91.blogspot.my

    BalasPadam
  3. SA org seremban..x pernah lagi menginap mana2 hotel kat atas tu..tp tgok semua tu rasa nak pi duk hotel plak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekali sekali reward diri sendiri bersama anak dan ibubapa

      Padam
  4. Terima kasih kak Ina untuk entry ni. Kebetulan cuti CNY ni nak pegi cuti2 malaysia ramai-ramai..boleh la cuba nasib nak check in sini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pegi ramai ramai lagi best...boleh share duit hotel yang mewah macam kat atas

      Padam
  5. Gambar ambik utk hotel tu nampak amat cantik dan menarik sekali. Pasti hotel yang sebenarnya akan jadi lebih cantik dan selesa untuk bersemalam di sana. Mungkin akan try utk inap di sana tahun ini.

    BalasPadam
  6. Hotel yang dekat dengan laut selalu merupakan hotel kegemaran I. Mesti kunjungi sekali hotel yang diperkenalkan tu. Nampak amat seronok.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...