OOO

Selasa, Februari 07, 2017

Cara Masak Rendang Itik

Assalammualaikum semua

|Akak buat rendang ni bila suami habis puasa enam, masaklah lauk cam hari raya tapi masak sikit ajer.  Oleh sebab masa raya dah masa ayam pencen, kali ni akak masak rendang itiklah pulak.


Bahan-bahan
  • 1 ekor itik-di potong 12
  • 1 1/2  sudu makan jintan manis*
  • 1 1/2 sudu makan ketumbar*
  • 1/2 sudu makan jintan putih*
  • 1/2  sudu kecil lada hitam*
  • 15-20 cili kering*- (bergantung kepada kepedasan yang di ingini)
  • 1 biji bawang besar
  • 6 biji bawang kecil
  • 4 biji bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 5 batang serai-3kisar- 2 titik hujung
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 helai daun kunyit-di siat-siat di simpul
  • 1/2 kg  santan pekat (beli yang kira kg ajer)
  • sedikit air-nak lembutkan daging itik
  • 1 keping asam keping
  • sedikit minyak 
  • garam
 Cara-cara
1.  Bersihkan itik dengan tepung gandum, bilas dengan air  dan toskan.  Masukkan dalam p/cooker dan masak dengan api perlahan selama 20-30 minit.(kalau itik tua)
2.  Sangai (goreng tanpa minyak) rempah-rempah bertanda *.  Kisar dengan sedikit air.
3.  Kisar bawang besar, bawang kecil, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit hidup bersama 3 batang serai.
4.  Tumis rempah-rempah dulu dan bila dah berbau wangi baru masukkan segala bahan no 2.
5.  Biarkan berbau wangi dan kacu selalu dan masukkan pula itik. Masukkan air dan perlahankan api dan tunggu daging itik empuk.  (klu guna p/c x pyh ikut step ni yer)
6.  Kacau dan masukkan santan pekat, sekeping asam keping  dan sedikit air.
7.  Biarkanlah merenih dengan api sederhana  dan masukkan 2 batang serai yang telah dititik hujungnya dan daun kunyit yang telah disiat dan di simpul.
8.  Kacau selalu dan bila dah pekat masukkan garam dan rasa.
9.  Bila dah agak pekat, kecilkan api..takut hangit...dan kacau selalu sehingga kering.(akak gunakan kuali non stick sebab tak melekat kat kuali)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers