OOO

Isnin, Februari 06, 2017

Resepi Homemade Sardin Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum semua😍

Homestay Port Dickson tu untuk orang muslim ajer, ada gak orang bangsa lain call dan tanya nak sewa tapi buat masa ni memang kami tak bagi sebab kadang kadang kami sekeluarga lepak kat situ.😚


Sekarang ni ramai yang dah beli periuk noxxa kan, tapi akak guna ajer pressure cooker biasa.😙

Bahan-bahan
1 kg ikan selayang/ sardin segar.
2 labu bawang besar dipotong dadu
5 ulas bawang putih kisar.
2 biji Buah tomato didadu kasar
1/ 2 cawan tomato puri.
1/ 2 cawan tomato sos
Kalau nak pedas tambah sedikit sos cili.
Gula dan garam secukup rasa.
Setengah cawan minyak.
1 sdt Serbuk lada putih.
Air secukupnya ( 1 jug, masuk sedikit demi sedikit)
Periuk Pressure Cooker


Cara-caranya 
1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih dan bawang besar sampai wangi.
2. Masukkan tomato buah, tomato puri, tomato sos dan cili sos.
3. Masukkan air dan ikan. Tambah garam dan gula.
4. Masak menggunakan pressure cooker 30 minit.
5. Tambahkan air jika perlu. Dan masak lagi 20-30 minit. 
6. Tambah air sedikit demi sedikit lagi. Biarkan kuah pekat dan ikan benar- benar lembut isinya.
Sedia untuk dihidangkan.
Tambahan :

Nak perah limau nipis pun boleh, kalau nak hilangkan hanyir.
Nak tumis dengan cili kering kisar pun boleh untuk pedas.
Nak tambah daun kari pun boleh. 
Ada juga orang tambah tepung gandum untuk pekatkan kuah

3 ulasan:

  1. Wahh! Boleh cuba ni sis. Selalu makan sardin dalam tin je.. hehe

    BalasPadam
  2. ERMM...SARDIN IS ALL TIME FAVOURITE...MAKAN DENGAN NASI PANAS2..MABELES...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...