OOO

Isnin, Februari 13, 2017

Kari Kambing Sedap Tanpa Santan

AssalamualaikumšŸ‘©

Salah satu kegemaran kami sekeluarga ialah lauk pauk berkaitan kambing,šŸ˜ tak kiralah di bakar, di goreng ataupun di buat gulai.


Ada orang kata kalau makan kambing nanti senang dapat penyakit darah tinggi, tapi setakat ini alhamdulliah kami suami isteri belum lagi mengidap penyakit ni,  Minta di jauhi oleh Allah SWT.šŸ˜…

Kalau masak kambing nak buang bau kena banyakkan halia dan juga bawang putih dan cara basuh yang betul,šŸ‘selalunya akak masak tak guna santan, guna yogurt ataupun susu cair yang telah di masukkan jus limau, cam tairu aa.



Bahan-bahan
1kg daging kambing (potong kecil, basuh dan toskan)
8 biji bawang merah*
6 biji bawang putih*
2 inci halia*
4 sudu besar kari daging babas

1. Tumbuk atau pun kisar semua bahan bertanda * dan perap bersama daging selama 1 jam.

Bahan Tumis
2 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
3 bunga cengkih
3 biji bunga lawang
1 biji bawang besar-di hiris
2 biji bawang kecil-dihiris
2 biji bawang putih-dihiris
2-3 tangkai daun kari
2 sudu besar serbuk kari babas
Minyak jagung/minyak sayur/minyak sapi/mentega/minyak kelapa sawit secukupnya
Air dalam 2 cawan

Bahan-Bahan
1 cawan susu cair*
6-8 biji limau kasturi-ambil jus*(campurkan bersama)
2 biji ubi kentang-potong 4
garam secukupnya


Cara-cara
1. Panaskan minyak dan tumis rempah tumis dan masukkan bawang yang telah di hiris bersama daun kari. Biarkan sampai layu.
2. Masukkan pulak daging biri-biri yang telah di perap dan kacau sebentar.
3. Masukkan 2 sudu besar rempah kari daging dan ratakan dan kacau selalu.
4. Setelah itu masukkan 2 cawan air dan ubi kentang.
5. Biarkan daging empuk dengan menggunakan api perlahan (akak masukkan dalam pressure cooker)
6. Setelah daging empuk baru masukkan susu masam dan garam. Tambah air lagi jika perlu.
7. Gaul rata dan rasa dulu sebelum di padam api.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers