OOO

Jumaat, Februari 24, 2017

Puff Inti Kentang Mudah

Assalamualaikum😍

Pernah cuba buat pastry👌 kat SINI resepinya, tapi bila memikirkan virus M banyak sangat sekarang ni, akak beli ajer kat hypermarket jenama KAWAN😉

Cuma pastikan ada inti cam lebihan inti karipap ada kat rumah, tak sampai satu jam dah boleh makan panas-panas.😏

Kalau nak tenguk resepi inti kentang 
bolehlah ke SINI 

Bahan untuk pastry puff
  • 1 bungkus pastry puff jenama kawan-dah naik hargalah...dulu RM3.00 lebih ..skrg RM4.00 lebih.(saiz 4x4 inci..kat dalam ada 10 keping).
  • 1 biji kuning telur (kalau nak bubuh sedikit pewarna kuning telur)

Cara-cara
  1. Panaskan oven sehingga suhu 200 F. 
  2. Keluarkan kepingan pastry dan letak inti...lipat 2...(suka hati nak lipat  mcm akak buat ataupun nak lipat dua memanjang).
  3. Tekan tepi pastri dengan garpu (tekan kuat sikit..takut terbuka nanti) dan gunakan gunting potong atas pastri tadi.  Lenser loyang/dulang pembakar dengan  sedikit mentega.
  4. Sapukan kuning telur dan setelah siap boleh di bakar dalam masa 20-30 minit atau sehingga pastri kekuningan (bergantung kepada oven masing-masing-akak gunakan api atas bawah).
  5. Memang sedap di buat untuk minum petang atau pun sarapan pagi.

2 ulasan:

  1. YELA..SKNG ZAMAN DAH MAKIN MUDAH...SUME BOLE BELI TAPI SEKALI SEKALA NAK JUGAK BUAT SENDIRI KAN...BARULAH PUAS MAKAN PLUS BELI PONN MAHAL SANGAT DAH..KAT AREA SITIAWAN PERAK NI..SAMOSA TU RM1 SATU DAH...HUHU....

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...