OOO

Selasa, Februari 21, 2017

Resepi Melty Hershey Chocolate Sedap

Asalamualaikum semua

Melty Hershey Chocolate ni pernah jadi fenomena beberapa tahun lepas. 😑 

Tapi akak tak pernah terjangkit virus R nak buat sebab masa tu duk kat Miri, nak buat camni sape nak makan.😊

Bila Ira dah habis diploma, dah duk rumah, dia teringin nak buat.  Wah sekarang ni harga barang baking dah naik kebabum, kalau nak makan sendiri bolehlah buat.😋


Kalau google macam macam mereka letak kat atas bekas, suka hatilah nak pilih yang mana, oleh sebab kat rumah akak ni tak suka manis, kami pilih buh kekacang seperti walnut dan badam sahaja.😏
Bahan A
250ml UHT Whipping Cream (dairy fresh cream)
250gm cream cheese
200ml susu pekat manis (kurangkan sikit kalau tak suka manis)

Bahan B
Syrup coklat jenama Hershey's
Biskut marie/oreo

Bahan Hiasan (ikut suka nak pilih mana)
Gula-gula M&M, coklat chips, kekacang, cheddar cheese (disagat/parut)


nak makan baru tabur almond/walnut 
kalau awal nanti lemau
Cara-caranya
  • Pukul cream cheese sehingga lembut.
  • Masukkan susu pekat dan putar hingga rata.
  • Masukkan pula UHT whipping cream dan pukul lagi bagi sebati.
  • Susun/patah-patahkan biskut oreo/marie (kami beli yang dah hancur)
  • Picit syurp Hershey dan ratakan, tabur coklats chips.
  • Ulang semula langkah langkah sehingga habis atau hampir penuh bekas.
  • Lapisan atas sekali, tuang adunan cheese dan picit syrup hershey.
  • Hias ikut kreativiti.
  • Sejukkan beberapa jam sebelum sedia untuk di makan.

p/s kalau nak jimat boleh guna susu coklat jenama Saji.

1 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...