OOO

Rabu, Februari 15, 2017

Sambal Tumis Udang Petai Sedap

Assalammualaikum semua
Duk kat Salak ni, mewah betul sebab udang laut tak semahal masa duk Kuala Lumpur. Akak sekarang layan udang laut jer, udang bela pun harga dah puluhan ringgit.
Bahan-bahan 
  • 500 gm udang
  • 1 cawan cili kisar
  • 5 biji bawang merah *
  • 1 biji bawang besar*
  • 2 biji bawang putih*
  • sedikit belacan* (pilihan)
  • 1 biji bawang besar-hiris bulat
  • 2 papan petai-kopek kulit dan ambil isi
  • garam dan sedikit gula melaka
  • air asam jawa secukupnya
  • minyak untuk menumis

Cara Memasak
1.  Kisar/tumbuk  bahan-bahan bertanda *. 
2.  Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah di kisar sampai naik bau.
3.  Masukkan cili kisar dan kacau sehingga naik minyak/cili masak.
4.  Masukkan air asam jawa lebih kurang 1/2 cawan bersama garam.
5.  Masukkan udang, petai dan hirisan bawang besar  dan perlahan api dan biarkan dalam 10-15 minit atau sehingga kuah pekat.
6.  Sebelum di tutup api rasa cukup asam garam dan barulah di padam api.

7 ulasan:

  1. Klu g psr kk.. Kbykn jual udg kolam..udg laut pun ada jual tp x byk.. Tp sy tau beza kn udg laut nnudg kolam...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang ada perbezaan udang bela dan laut. Akak pun tau beza

      Padam
  2. Wuhuuuu sedapnya.. Terliur tgk udang tu :)

    BalasPadam
  3. wah nampak sedap sgt sambal tumis ni!!
    InsyaAllah saya akan share resipi ni dengan kawan kawan...
    Tq puan sudi berkongsi dengan kami =) =)
    tak sabar nak masak...weehuuu!!!!

    BalasPadam
  4. Alhamdulilah tq for the infomation sharing !saya akan cuba masak sambal udang nak makan bersama nasi lemak meletops saya no santan no susu but meletops !

    BalasPadam
  5. nampak sangat sedap sambal udang tu ...sy akan cuba masakk jugakk . tq for info :D

    BalasPadam
  6. TENGOK PUN DAH BERSELERA HABIS...BELUM MAKAN LAGI TU...HEHEHE...BOH GULA MERAH NI MANISNYA LAGI MENGANCAM YE DAK...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers