OOO

Jumaat, Februari 17, 2017

Supplement Untuk Sakit Lutut

Assalamualaikum

Jangan ambil mudah tentang sakit lutut dan menganggap sakit tersebut mudah dirawat dan akan sembuh dengan sendiri.

Walaupun, isu sakit lutut adalah perkara yang normal di Malaysia tetapi jangan terlalu ambil mudah tentang isu ini kerana boleh memudaratkan jika tidak dirawat dengan serius.

Sekarang ni bukan orang umur 50 ke atas yang kena, ada gak yang umur 40an dah kena penyakit ni.

😢Bulan Mei tahun 2012 akan di ingati kerana pertama kali akak kena sakit lutut, dalam bahasa klinikal adalah Osteoarthritis (OA). Juga di kenali sebagai arthritis haus terutama di bahagian lutut.


Ia berlaku dimana apabila tulang rawan telah mula haus, tulang-tulang (joint) itu semakin rapat dan menyentuh antara satu sama lain. Ini menyebabkan kesakitan, bengkak, kurang upaya untuk bergerak jauh.

😢Pertama kali akak kena buat Artroskopi Lutut, fuh memang mendebarkan bila pertamakali masuk dewan bedah. Entrynya kat SINI dan kat SINI.

Kali ke 2 kena buat artroskopi pada Mei 2013 kerana masa kena mula mula cuma buat kat kaki kiri, kali ni kat kaki kanan pulak.  Kalau nak baca boleh klik kat SINI.

Sejak tu doktor nasihatkan agar makan supplement, doktor sarankan condorpil, kalau nak tahan sakit makan axorcia.  

😔Pain killer axorcia ni akak makan kalau dah sakit sangat, supplement tu kena ambil setiap hari. Oh yer akak suntik gel gak kat lutut bila rasa dah teruk sangat.  Nak buat macam mana, kang tak boleh jalan dan buat kerja rumah pulak.

😍Mulai hujung  tahun lepas  akak tukar pulak jenama kordell, macam ok sebab glucosamine plus condroitin lagi lebih dari condropil.  Harap harap serasilah hendaknya.

Yang ni pun lebih kurang sama jumlah glucosamine dan chondroitin, nak trylah pulak sebab harganya murah sikit dari kordell sebab mak akak bila tenguk akak makan dia pun teringin juga nak cuba.  Tak perlah keluar sikit duit untuk kesihatan mak apa salahnya kann😍

Boleh kongsi tak bagi yang ada penyakit macam akak, anda makan supplement apa ek?👍



13 ulasan:

  1. alhamdulillah info yang berguna. saya pun pernah alami benda yang sama dan tengah makan ubat yang diberikan di farmasi.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah .... indo yangsangat2 berguna ... saya pun pernah alami masalah yang sama dan tengah dapatkan rawatan .. danmakanubat farmasi.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah info yang berguna, mak saya selalu sakit lutut ilmu ini bermanfaat

    BalasPadam
  4. Moga akak cepat sembuh..mak saya pun alami masalah yg sama..pernah beberapa kali terjatuh sebab sakit lutut & x blh nak imbangkan badan bila berjalan..tapi lps amik supplement Alhamdulillah dah kurang sikit sakitnya..blh la solat berdiri..dulu mampu solat duduk je..akak blh wassap saya 019-3885527

    BalasPadam
    Balasan
    1. kamu hantar email boleh tak nurul
      roslana_06@yahoo.com.my

      Padam
  5. mana lg berkesan, condropil atau glucosamine plus condroitin jenama lain spt di atas

    BalasPadam
    Balasan
    1. mana mana pun sama, sekarang ni guna yang lain pula

      Padam
  6. Terima kasih utk ilmu... So antara condropil dn kordel brand yg mn serasi dng sis

    BalasPadam
  7. Saya baru kna je sakit lutut ni...rasa mmg nyut2 je sakit nya tu...ubat mna yg sesuai ye kak ina..boleh advise tak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu masa lutut sakit, akak jumpa doktor dulu. Bincang apakah yang perlu di makan selepas operate. Doktor beri supplement brand condropil

      Padam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...