OOO

Rabu, Jun 21, 2017

Cara Buat Popia Nestum Sedap Dan Mudah

Assalamualaikum semua

Ramadhan makin hampir ke penghujungnya, Syawal menjelang tiba.  Sedikit demi sedikit warga kota pulang ke kampung halaman untuk beraya bersama insan insan tersayang.

Makin lama makin kuranglah kenderaan di jalanraya pagi hari Ahad nanti, macam akak akan pulang beraya kat rumah mak di Gombak, dekat jer tak ada kesesakan rasanya.

Popia nestum ni cuma muncul bila hari raya ajer, ramai gak yang mencarinya.  Akak nak gulung ok jer tapi nak menggoreng tak larat sangat nak berdiri lama.  Bila anak ada baru kami buat.

nak gulung guna straw ataupun chopstick

Bahan-bahan
1 peket besar popia
1/2 cawan horlicks -kalau tak ada boleh guna susu tepung
1/2 cawan gula halus - kisar
1 cawan nestum - kisar halus 

1 sudu makan susu tepung nespray (optional)
Minyak utk menggoreng 
akak guna tepung gandum yang 
dicampur dgn sedikit air. 
 

Cara membuatnya
1. Gulung popia gunakan chopstick
2. Gulung hingga habis, tinggalkan dlm 1-2cm untuk gamkan campuran tepung.
3. Buat hingga habis satu peket popia. 
4. Sementara itu tutup bekas berisi popia gulung dengan kain lembab supaya tidak kering jika tidak susah nak gunting. 

5. Kemudian potong serong jarak 1-2cm.
6. Goreng dengan api perlahan/kecil. 

7. Angkat dan toskan minyak.
8. Sira/tabur dgn horlicks, gula, susu tepung & nestum kisar.
9. Gaul hingga rata. 
cucu suka makan camtu ajer
Tips
1. Untuk menyalut popia dengan Horlicks, selepas digoreng, sejat minyak pada popia terlebih dahulu dengan menggunakan kitchen towel. Apabila agak-agak dah sejat, letakkan dalam bekas besar dan masukkan gula dgn horlicks ke dalam bekas tersebut. Kemudian gaul rata campuran tersebut dengan popia tadi.

2. Biarkan ia sejuk dahulu sebelum mencampurkan dengan bahan-bahan campuran. Jika tidak campuran akan cair dan berlengas.

3. Supaya kuih ini boleh bertahan lama, simpan ia di dalam bekas kedap 
udara

1 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...