OOO

Isnin, September 18, 2017

KETAM KULIT LEMBUT TELUR MASIN/SOFTSHELL CRAB SALTED EGG

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua

Tertarik lah pulak nak beli soft crab ataupun ketam kulit lembut bila ashik tenguk dalam tv.  Macam sedap ajer, kebetulan pergi ke Putrajaya.  Ajak suami pergi singgah jab kat Pasar Borong Selangor, kat situ ada satu tempat jual soft crab.

Bila anak anak balik baru buat, sebab isi satu kotak agak banyak.  Oleh sebab ketam ni agak lembek kena toskan dulu sampai ais betul betul cair.

Bersihkan kat dalam, tapi jangan buang kulit dia, pastu salut dengan tepung baru boleh di goreng.


video

Gambar dah siap masak tak ambiklah pulak. Cara goreng ketam pun  tak ambik, cuma cara masak jer sempat ambik.

Bahan-Bahan:
10 ekor ketam kulit lembut
4 sudu besar Mentega 
3 biji Bawang Putih dicincang
6 btg cili padi dipotong
Daun kari lebih kurang setangkai
4 biji telur masin direbus-ambik kuning pastu ambik yang putih sebiji sahaja

1/2 tin Susu Cair-kalau tak suka banyak boleh kurangkan
Sedikit garam dan gula
2 sudu besar tepung jagung


Caranya
Lumurkan ketam dengan tepung jagung dan garam. Kemudian goreng seketika. Angkat, toskan dan ketepikan.
Cairkan mentega dalam kuali yang panas, kemudian masukkan bawang putih, cili padi, daun kari, dan telur masin. 

Kacau-kacau sehingga berbuih. Setelah berbuih masukkan susu cair. Kacau dan kacau lagi biar semuanya sebati. Tunggu sehingga kuah memekat. 
Bila dah pekat bolehlah rasa dan tambah apa yang perlu. Gula dan garam biar secukup rasa.
Bila kuah dah secukup rasa, masukkan ketam yg telah digoreng tadi. 

Balik-balikkan biar hingga kuahnya mesra, bersalut dan sebati dengan ketam. Boleh tutup api dan siap untuk dihidang!

4 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers