OOO

Khamis, Oktober 12, 2017

BILA SAKIT GIGI CABUT DI KLINIK KERAJAAN

Assalamualaikum semua

Sakit yang tak tahan selain dari bersalin adalah bila sakit gigi.  Betul tak?

Dulu dulu memang jarang ke klinik pergigian kerajaan sebab kami boleh claim balik kalau ke klinik swasta.

Bila suami dah bersara, dah tak adalah kemudahan
camtu lagi.
Dulu masa duk kat Gombak, kami suka pergi kat Klinik Pergigian Azlina. Kisahnya kat SINI.

Gigi geraham belah atas ni dah dua kali akak tampal, pertama kat klinik kerajaan, pastu kat klinik swasta,terbang RM80.

Bila dah kali kedua tertanggal balik tampalan sebab lubang makin besar, kononnya nak pergilah ke Johor nak suruh yana tolong cabutkan.

Tapi bila dah mula ngilu bila minum air sejuk dan berkumur kumur, pergilah gak kat Klinik Pergigian Salak.  Punyalah berdebar hati, tapi bila dapat doktor yang peramah, hilanglah perasaan cuak. 

Kita kena bagitau jika kita ada penyakit kencing manis atau darah tinggi bila nak cabut sebab jika ada apa apa doktor tak nak ambik risiko.

Dengan harga cuma 2 ringgit, akhirnya tiadalah lagi gigi kekal.  Kira ok lah perkhidmatan  kat klinik kerajaan, kalau pergi kat swasta mungkin harganya dekat 100 kot.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...