OOO

Isnin, November 13, 2017

NOSTALGIA SEKOLAH VOKASIONAL SETAPAK KUALA LUMPUR

Assalammualaikum semua

Bila dah makin berusia dan bertemu semula rakan rakan sekolah, kenangan masa bersekolah di sana selama 2 tahun mula terimbau semula.

Secoret kenangan akak coretkan di blog ini sebelum semuanya akan terpadam di  memori bila nikmat yang Allah SWT beri akan di tarik semula satu persatu.

Setelah tamat peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran pada tahun 1979, sekarang ni PMR, akak memohon memasuki Sekolah Vokasional atas dorongan dari seorang rakan rapat.

Dapatlah kursus RTV dan dapat pulak duk asrama pada tahun 1980.  Dalam kelas kami cuma ada beberapa orang sahaja budak perempuan, majoritinya lelaki.
di Pusat Islam yang lama..Al fatihah buat arwah yang paling tinggi Wok

Kelas yang banyak perempuan ialah kelas perdagangan, ada dua kelas masa tu.

Berkenalan dengan rakan rakan baru kebanyakkan dari Selangor seperti di Kuang, Rawang dan lain lain lagi.

Sekolah ini telah di tubuhkan pada tahun 1972 dan di kenali sebagai Sekolah Menengah Vokasional Kuala Lumpur (SMVKL). 

Masa tu 2 orang guru akak berbangsa Cina, sorang lagi Mr Tee, guru bahasa melayu Cikgu Mat Kedah dan seorang ustazah mengajar Pendidikan Islam.

Masa tingkatan 4, banyak masa di habiskan di kelas dan di asrama sahaja.  Bila outing, cuma dekat dekat sahaja sebab kewangan terbatas. 

Pernah sekali tenguk wayang cerita GREASE kat panggung  Cathy  ataupun Lido di Kuala Lumpur pada tahun 1979 masa tingkatan 4. Sanggup simpan duit nak beli tiket wayang sebab masa tu pelakon Travolta popolur tau.

Bagi gadis remaja, dah tentulah pada masa tu minat dengan artis handsome 😊.  Pertamakali akak tenguk wayang dengan teman teman satu sekolah.

Setiap bulan akan balik ke rumah di Kampung Puah Setapak naik bas sebab abah tak ada kenderaan.  Sama juga keadaan bila balik semula ke asrama, naiklah bas Len Sen kat depan sekolah.
teman kecoh

Bila tingkatan 5 cikgu lantik jadi pengawas, tak taulah apa sebabnya tapi happy sebab pakai baju biru.  Mula aktif masuk sukan hoki dan badminton.  Pernah gak mewakili sekolah lawan sekolah lain kat Sekolah Aminuddin Baki di Kuala Lumpur.

Habis tingkatan 5, terputuslah hubungan dengan rakan rakan di sekolah ini.  Masa tu payah sikit sebab kebanyakannya tak ada no talipon, nak tulis surat pun payah. Masa ada anak pernah jumpa kawan Norhayati, lepas dia pindah langsung lost contact.

Tak sangka pula terjumpa balik rakan sekelas sebelum Russhdi berkawin dan pada tahun lepas dapat balik jumpa kawan kawan se asrama melalui Whatapps.
teman satu sekolah bukan satu kelas
Pada tahun ni ada jumpa rakan rakan di majlis perkawinan anak perempuan kawan lelaki di Serdang.  Semuga persahabatan akan berkekalan hendaknya.

Sekarang nama sekolah ni dah tukar ke Kolej Vokasional Setapak. 




2 ulasan:

  1. Terimbau sama kenangan zaman sekolah dulu. Rindu kat kawan kawan jugak

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers