OOO

Khamis, Januari 04, 2018

RESEPI IKAN CENCARU SUMBAT KELAPA

Assalamualaikum semua

Ikan cencaru ni anak-anak panggil ikan jaket sebab ada kulit keras kat badan ikan.

Selain dari sumbat sambal belacan, suka gak sumbat buh kelapa parut.
Buh bahan-bahan nak bagi lagi umphh.

Kali akak bakar, kalau nak goreng pun ok jer.

abaikan yang kena cubit tu yer
BAHAN-BAHANNYA :-)
3 ekor ikan cencaru
Sedikit kunyit
Sedikit garam
1 cawan kelapa parut putih (guna kelapa untuk buat inti)
2 helai daun kunyit, hiris halus
Garam dan sedikit gula
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 batang serai, hiris halus*
1 biji cili merah*
8 biji cili padi*
sedikit belacan*
kunyit hidup*
sedikit serbuk kunyit

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan dibelah belakang, buang insang dan segala isi perutnya, cuci bersih dan berhati2 supaya bahagian perutnya tidah terkoyak. Tumbuk bahan-bahan bertanda* .
  2. Satukan bahan-bahan tumbuk lumat bersama kelapa parut, hirisan daun kunyit, serai dan tambah garam dan gula secukup rasa. Ketepikan.
  3. Ikan tadi di lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Bahagi 3 bahagian kelapa tumbuk tadi, isikan setiap bahagian ke dalam ikan yang telah dibelah belakangnya. Kemaskan dan buat hingga siap.
  4. Panaskan minyak dan goreng ikan tadi dengan api sederhana sehingga masak, terbalikkan ikan perlahan2 untuk mengelakkan kelapa tadi terkeluar. 
  5. Hidangkan ikan tadi panas-panas bersama nasi 

Suami akak suka cicah dengan kicap perah jus limau kasturi campur hirisan bawang besar, bawang kecil dan cili merah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers