OOO

Selasa, Mac 13, 2018

SUKA DUKA SEORANG BLOGGER

Assalamualaikum semua

Sempena tahun ke 10 akak mula menceburi bidang blog ni akak nak corat coret tentang suka dan duka bila masuk ke bidang ini.πŸ’š
Bermula dari tahun 2008, dari suka suka akhirnya dapat berkenalan dengan pelbagai blogger dari sini dan dari dunia luar seperti blogger yang tinggal di negara arab dan negara omputih.😍

Sejak mengenali blogger blogger melalui blog dan bersua muka di event event, ada pelbagai cerita gembira dan duka yang akak rasai😘.

Bermula dari tahun 2008, dari suka suka akhirnya dapat berkenalan dengan pelbagai blogger dari sini dan dari dunia luar seperti blogger yang tinggal di negara arab dan negara omputih.😍

Kebanyakkannya dari blog masakan sebab masa tu mereka mengikut suami bekerja ataupun belajar disana, ada juga yang bernikah dengan warganegara luar.
Min blogger salam dua benua
Yang paling happy dapat berjumpa blogger yang menetap di luar negara bila mereka balik bercuti di sini.
Pelbagai resepi yang mereka kongsikan, dari masakan tradisonal hingga ke masakan western yang boleh kita cuba.  Kebetulan masa tu anak anak sedang membesar, mereka suka makan apa yang akak buat.

Walaupun ada yang tak jadi, akak paksa gak mereka habiskan😊

Dari mula mula suka suka, akhirnya pelan pelan akak mula mengenali blogger yang lain.πŸ˜‡Kebanyakkan blogger yang akak jumpa memang baik baik belaka, al maklumlah mereka muda, akak ni kira dah macam mak mereka.  Kenalah hormati orang tua kan😊

Pelbagai ilmu mengenai dunia blogger yang akak timba dari mereka, macam mana nak jenamakan blog, macam mana nak tingkat followers.

beraksi gila gila πŸ˜‰ bila join event ataupun contest


bersama staff Nuffnang
Paling seronok bila mula menjana pendapatan bila pengiklan melalui Nuffnang memilih blog akak.

Pastu makin bertambah event yang akak dapat jemputan, dapat jumpa lagi blooger yang lain dan makin bertambah juga followers akak.  

Yang seronok dapat jumpa artis terutama bila dapat jemputan dari Astro.😊
Event yang pertama akak join ialah Ogawa bersama Nuffnang. Dapat jumpa blogger yang famous Redmummy dan Beautifulnara serta Pnut Syafinaz.πŸ˜ƒ

Nasib baiklah suami memahami akak, kadang kadang akak bawa anak-anak teman.😍 
Bila hendak jalan-jalan tenguk anak kat UK akak minta pertolongan dari blogger yang sedang belajar kat sana. Dengan jasa baik Long Hafiz, akak dapat penginapan yang ok dan di bawa berjalan jalan di London naik tube.  Bila di jemput ke majlis perkawinan beliau pada tahun lepas di Terengganu, alhamdulliah kami sampai ke rumah beliau.😍


Shukie bukan blogger, seorang student yang terjumpa masa akak tengah tunggu longhafiz kat stesyen train di London.  Seronok dapat berkenalan dengan beliau, alhamdulliah sempat pergi ke majlis perkawinan beliau di Pulau Pinang.πŸ˜‰



Paling best dapat belajar cara cara pakai itu dan ini, tak payah beli sebab ashik dapat free jer.



Kalau nak bergossip memang ada jer, pelbagai kisah percintaan, permainan cinta antara blogger dan pelbagai cerita yang baik ataupun pun buruk yang pernah akak tau.😢

Kadang kadang tau dengan sendiri ataupun dari blogger yang lain, ada yang baik dan ada yang tak baik.😳 Yang perit bila kena kutuk dek anon pasal akak ashik pakai tudung yang sama gi event..sabar ajerlah


Masa dulu akak rajin masuk peraduan sana dan sini, bermacam macam jenis hadiah yang akak dapat, tentulah rasa gembira bila menerima ole ole dari luar negara.  Terima kasih buat mereka yang sudi mengingati akak.

Yang paling akak ingati bila dapat masuk dalam Nona TV3 bersama Chef walaupun cuma 22 saat.😍

Dapat belajar masak dengan chef fofolur Chef Wan yang petah berkata dan suka berterus terang.

geng talibarut 
Yang paling sedih bila kehilangan 2 orang blogger yang akak kenal dan baik sangat.  Al fatihah.😭buat arwah arwah yang pergi di usia yang muda.

Paling seronok bila ada rakan blogger yang sudi hadir masa perkawinan anak anak akak. Tak tersebut rasanya nama begitu banyak blogger yang akak kenal sepanjang 10 tahun ini.

Sekarang ni dah memang tak join mana mana event walaupun di jemput di sebabkan kami dah berpindah ke Selangor. Selain dari sibuk dengan cucu yang datang ke rumah, akak juga rasa membazir duit minyak pergi jauh jauh, kan minyak dan tol dah naik.

Banyak dah blogger tak update blog, atas sebab sebab yang pelbagai, yang single dah beranak pinak, dah bercucu, mungkin mood nak berblog dah tak ada.

Bagi akak pula, selagi mood ada, di berikan kesihatan yang baik insyallah sebab bila ada blog ni akak dapat berkongsi cerita, resepi dengan anda semua.😏

Lagipun akak suka bercerita dari masa kecil lagi, suka menulis dalam diari, bila dah berusia mencoretkan kenangan di blog demi untuk orang yang di tinggalkan untuk tatapan anak dan cucu.


Terima kasih juga buat bloggers yang masih sudi berhubung dan menjalinkan silatulrahim dengan akak.  Memang menjadi kenangan terindah mengenali anda semua.😘

27 ulasan:

  1. Wahh...start blogging sama la tahun 2008... Tapi time tuh LeYa suka2 aje.. tak aktif dan tak fikir PV.. Start aktif dan join event tahun 2015.. Ok... Memang best je baca blog akak ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. oo sama tahun ek, terima kasih sudi jenguk blog akak

      Padam
  2. rindunya kat akk...dah lama x jumpa akk kat event huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. rindu gak kat kamu dan anak anak, memang tak join event dah kecuali kalau dekat sini bolehlah

      Padam
  3. Akak sngat inspired sye lah kak..saya baru nak berjinak-jinak. Harap akk dn rakan2 dpt mmbntu saya��

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah tercebur gak ek, insyallah sekarang ni banyak dah orang share macam macam cara nak berblog, akak ni pun bukan terror bebeno

      Padam
  4. Sentiasa juga mengikuti blog ina dari dulu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih erna menjadi pembaca setia blog akak dari dulu lagi...muahhh

      Padam
  5. sama lah kita dari tahun 2008
    memang ramai blogger dulu2 dah tak jumpa dah menulis
    sekarang ramai yang baru2
    hehehe
    tapi dah minat menulis jadi teruskan jer lah berblog :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu hans, sebab minatlah blog masih update lagi

      Padam
  6. Inah...siapa 2 blogger yg meninggal tu eh

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum kakina....betul tu ...skg ni mmg mcm dah x ada masa nak berblog..bila ada masa baru update mana yg boleh jer...mungkin faktor usia agaknya tapi nak dibiarkn blog tinggal mcm tu jer agak sayang juga...jadi tulus mana yg termampu jer...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam maszull, teruskan berblog jika berkesempatan, sapu sawang tu yer

      Padam
  8. Saya suka baca blog akak walau sekadar silent reader dari 2011. Masa tu baru kenal it. Sebab kerja guna komputer. Semoga terus berblogging akak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih jamil sudi memjadi pembaca blog akak. insyallah akan terus berblog selagi diberikan kesihatan yang baik olehnya

      Padam
  9. Nama kak ina kl memang dikenali dari dulu. Hehe.

    Saya lewat sikit star blogging. 2009 baru nak ada blog.

    Btw, terus berkarya ye kak 😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. ooo iyer aada ummi, terima kasih kerana sudi bertandang ke blog akak.

      Padam
  10. teruskan berblog akak

    BalasPadam
  11. hai ain datang singgah sini dan follow awak. salam perkenalan :)
    sincerely , farahain zfa

    BalasPadam
  12. aida folo blog akak da lama.
    cuma lom bertemu.
    in shaa Allah one day.
    kipidap kak.
    usia blog kita hampir sama tapi aida x aktif blogging dulu.
    3-4 thn ni aje baru aktif.
    kekangan masa :)

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers