OOO

Selasa, Mei 22, 2018

GULAI LEMAK DAGING SALAI DENGAN PUCUK UBI

Assalammualaikum semua

Malas betul nak hidupkan arang buat daging salai bila dah tak ramai kat rumah.  Akak beli jer daging salai kat Pasar Tani Salak, dagingnya pun memang dari lembu tempatan.  Kalau beli daging salai tak payah beli sampai 1 kilo, 1/2 kilo pun dah dapat banyak.
Image may contain: food
Kalau sesiapa yang biasa makan kat kedai lauk ni, 1 senduk dah RM7-9 tau, makan sorang ok lah, kalau ramai boleh pengsan tenguk bil.  Masuk kat fb nanti kena kecam ataupun jadi viral.
Santan pula ikut kehendak hati, kalau nak banyak tambah ajer santan, kalau nak pedas berdengung telinga masukkan lagi cili api terutama cili kampung.

Bahan-bahan
  • 400gm  daging salai-hiris nipis
  • 15-20 biji cili padi kampung
  • 1 1/2 inci halia
  • 1 1/2 inci kunyit hidup
  • 1 ikat pucuk ubi-di rebus dan di tos
  • 1/2kg/500ml santan pekat
  • 600ml air
  • 2 batang serai-dititik hujungnya
  • 1 asam keping 
  • 2 helai daun kunyit-di siat-siat dan di ikat
  • garam dan serbuk kunyit secukupnya
Image may contain: 1 person, food

Cara-cara
1.  Tumbuk cili api, halia, serbuk kunyit, kunyit hidup, serai yang telah dititik dan garam sehingga lumat.
2.  Ambil daun ubi yang muda kemudian basuh dan rebus dengan air serta sedikit garam.
3.  Hiris daging yang telah di salai nipis-nipis kemudian rebus dengan santan cair/air sehingga daging kembang.
4.  Masukkan bahan tumbuk, santan pekat  dan masak di atas api sederhana sehingga mendidih dan kacau selalu takut santan pecah minyak.
5.  Biarkan mendidih selama 10-15 minit dan masukkan pulak pucuk ubi dan asam keping hingga semuanya mesra baru di tutup api,
6.  Makanlah bersama nasi panas dan ikan masin.

1 ulasan:

  1. Salam kak...
    singgah sini skodeng resepi hehehe..
    Nanti nak cuba hehehe

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers