OOO

Selasa, Jun 05, 2018

RED PEARL COOKIES/BISKUT RED PEARL SEDAP DAN MUDAH

Biskut Red Pearl / Red Pearl Cookies Red Pearl Cookies.

Assalamualaikum semua

Selepas berehat lebih 2 tahun tak buat jualan kukis coklat chips, tahun ni akak ambik sedikit tempahan sebab jelous dengan Ira lah kononnya😌.  Ira ambil alih buat kukis tapi dek kerana dia masih belajar, tak dan nak buat tempahan.😟

Akak tolonglah buat  serba sikit, pastu suruh Firdaus promote, alhamdulliah ada yang masih sudi nak order. Harga bahan bahan baking, makin lama makin naik harga, akak dah tak jual 100 pcs, kurangkan isi dan harga.

Dek kerana tempahan dah tak banyak, akak nak tukar aroma biskut coklat chip ke biskut red pearls pulak, kebetulan anak buah ada tempah sebalang.

Biskut ni akak tak pernah buat, bila tenguk bahan ada kat rumah, akak pun buat, erhmm sedap gak rasanya sebab guna pure butter. 

Resepi ni dah lama ada kat google, akak pun ambik dari rakan blogger.

Sumber dari Cendana Kasih

Bahan-bahan

  • 150gm mentega
  • 150gm tepung gandum
  • 75gm gula kastor
  • 60gm cornflakes - ramas sedikit
  • 50gm coklat chips
  • 25gm almond nibs/hazelnut/gajus-bakar sekejap
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1/4 sudu teh emplex
  • Ceri merah/hijau  dihiris memanjang sebagai hiasan

Cara-cara

  1. Kacau mentega, gula dan esen vanilla menggunakan sudip kayu hingga sebati saja
  2. Campurkan semua bahan kering dan gaul sebati hingga menjadi doh
  3. Cubit doh sebesar ibu jari, bulatkan sedikit dengan jari. Doh biar meninggi supaya tidak meleper sewaktu dibakar.  
  4. Atur di atas dulang pembakar yang di alas baking paper.  Tekan hirisan ceri di tengahnya
  5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dahulu pada suhu 160 deg cel selama 20-25 minit bergantung pada oven masing-masing
  6. Sejukkan dahulu sebelum disimpan dalam bekas kedap udara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers