OOO

Selasa, Julai 10, 2018

MUSIM DURIAN DI JOHOR LAGI

Assalammualaikum semua

Bulan Mac 2018 yang lepas, kami dapat gak merasa durian Johor, kali ni lagi banyak dari dulu.
http://www.kakinakl.com/2018/03/musim-durian-di-johor-mac-2018.html

Kebetulan kami pergi ke majlis perkawinan sepupu kat Johor Bharu, kemudian kami ke rumah Yana di Batu Pahat.  Oleh sebab highway dari Johor Bharu menghala ke Yong Peng, agak jem, kami ikut jalan kampung.

Bermula dari Pekan Nanas Pontian, dah mula jumpa orang jual durian, durian kampung rata-ratanya di bawah RM8.00.  Bila sampai kat Benut, suami mula turun tanya harga, harganya berbeza beza, kami cari lagi sampai ke tempat yang jual RM6.00 sekg.  

Beli 3 biji ajer dulu, buah manggis pulak RM12 lebih mahal dari durian.

Sampai di Senggarang, suami beli lagi, kali ni RM3.00 sekg yang kecil sedikit serta beli rambutan RM3.00.

Cukuplah nak makan kat rumah anak.  Bila makan beramai memanglah sedap, durian yang 3 hinggit tu rasanya pahit pahit sedap.  Kami berdua suka, tapi anak anak tak gemar pulak.

Bila tenguk kat fb durian kampung besar RM4 dan IOI RM8 sekg kat Muar, akak pun wasup, rupanya Lily ni peraih durian.  Janji nak pergi tenguk kat rumah dia, alhamdulliah masih ada lagi stok.  IOI yang rosak sikit penjual letak harga sekg 5 hinggit
Apa lagi belilah aa untuk makan sepuas hati . Beli gak untuk Ira makan kat rumah sewa dengan teman sebilik.  

Sape yang kaki makan durian bolehlah aaa jalan jalan ke Johor, kata penjual tahun ni 3 kali dah musim durian lebat berbuah.  

Pasni kena tunggu tahun depan baru dapat makan lagi.

Kalau Johor jauh boleh pergi ke Mantin, katanya durian kat situ pun murah gak.



2 ulasan:

  1. Saya pun sampai hairan kenapa banyak sangat durian kali ni.
    Murah dan kuning pula isinya ..

    BalasPadam
  2. Murah dah durian sekarang ni kan... awal2 dulu sangat mahal rasa macam x berbaloi nak belik...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers