OOO

Rabu, September 26, 2018

RESEPI KARI AYAM DAN NANGKA SEDAP

Assalammualaikum semua

Kalau buat kari ayam, akak suka buh nangka ataupun ubi kentang.  Petua dari mak akak kalau masak nangka buhlah 2-3 biji lada hitam dan kari, nak hilangkan angin katanya.

Bahan-bahan
  • 8 ketul ayam
  • 6 ulas bawang merah-tumbuk/kisar
  • 4 ulas bawang putih-tumbuk/kisar
  • 1 1/2 inci halia (halia ni lagi lebih lagi bagus..buang angin/hilangkan bau ayam)tumbuk/kisar
  • 4 sudu besar rempah kari  (akak guna babas)
  • 8 potongan nangka (rebus dulu sehingga empok- air rebusan jangan buang)
  • 1 mangkok  santan pekat
  • 1 cawan air-terpulang pada kepekatan yang di kehendaki
  • garam secukupnya

Bahan untuk menumis 
  • 2 tangkai daun kari,
  • 1 biji bawang besar-dihiris panjang
  • 1 biji bawang putih - dihiris
  • 2 biji bawang kecil
  • 2 bunga lawang, 
  • 4 bunga cengkih, 
  • 3 biji buah pelaga dan 1 btg kayu manis
  • minyak untuk menumis

video cara masak kari ayam
Cara-caranya
1. Panaskan minyak dan masukkan semua bahan tumis sampai layu dah naik bau.
2. Masukkan bahan kisar/tumbuk dan tumis lagi sehingga layu. Kemudian masukkan rempah daging dan kacau sekejap lalu masukkan sedikit air, perlahankan api.
3. Kacau selalu rempah kari  sehingga terbit minyak/masak.
4. Bila kari dah masak baru masukkan ayam dan biarkan air ayam (air yang keluar dari ayam) kering.
5. Masukkan santan pekat bersama air dari rebusan nangka dan biarkan sehingga mendidih menggunakan api sederhana kecil.
6. Kacau kuah selalu takut nanti naik minyak, masukkan nangka yang empuk tadi kemudian masukkan garam.
8. Biarkan sehingga 10 minit menggunakan api yang kecil, kemudian baru rasa, kalau ok bolehlah padam api.

1 ulasan:

  1. Waaaa sedapnyaaa kak.....
    Menaip sambil telan ayaq liur kita...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers