OOO

Khamis, September 20, 2018

THE STEAKHOUSE SHAFYSBURY CYBER JAYA

 The Steakhouse by Chef Zubir
Assalammualaikum 

Bila anak anak balik yang syok sebab mereka tak lokek belanja makan bila mak dah habis tenaga nak masak.  

Selalunya bila balik dari majlis perkawinan, macam hari Sabtu lepas bila balik dari majlis kawin anak buah kat Kuala Lumpur Yana teringin nak makan Restoran Serai kat Cyberjaya.

Terus ajer terjah sebab bila dah sampai rumah, badan dah letih, mata nak terlolap memang tak akanlah keluar lagi ke Cyberjaya.

Sampai pun dah dekat pukul 6 petang, ikut stail orang Cina (kami ada darah Cina) makan belah petang.  Sebelum sampai ke Serai, lalu dulu Restoran The Steakhouse by Chef Zubir, wah dah girang rasa hati sebab teringin gak nak cuba makan kat sini.

Sabar dulu kata anak anak, jom tenguk menu kat Restoran Serai dulu aaa, erhmmm bila tenguk menu kat luar, dah tentulah mata tak tenguk betul betul ...hati nak ke tempat Chef Zubir.  Suami akak tak kisah pun ikut ajer kehendak sape sajer.👨

Sabarr kata anak, jom tenguk menu dulu kat luar..erhmm macam nak rasa ajer.

Bila masuk ke dalam, nasib baik orang tak ramai.

Macam biasa air memanglah nama susah nak ingat, panjang sangat dahlah dalam bahasa omputih, tak kan akak nak ingat.😘Cuma ingat air akak Strawberry jer, imran pun entah apa ke nama nya😉

Bila tenguk kami selak sana, selak sini, odernya pun tidak, pekerja suggestkan kat anak lelaki akak menu ni, sesuai untuk makan dua orang.

Nak tunggu masak, memang lama gak aa, mungkin sebab mereka nakkan yang terbaik untuk pelanggan mereka.

Bila cucu dah mula berbunyi, mereka hantar ais krim 2 bekas, bukan cucu yang makan tapi orang lain yang habiskan.😋 Dengan alasan budak kecik tak boleh makan banyak ais krim nanti batuk😬

Bagi anak lelaki, ni cuma kudapan jer, kalau lapar malam cari aa burger.😊
 akak dan suami mereka suggestkan yang ni, 
lobster sebelah😍 suami ashik kata sedap, pastu 
daging yang agar besar😍, boleh share dengan anak anak.  

Walaupun makan camni, berkongsi pulak terasa kenyang 😊gak lepas minum air.

Fettuccine meatball pilihan Yana nak suap anak-anak, sebab tak pedas. Bila rasa memang sedap😄 , meatball lagi sedap dari IKEA😏.

Fettuccine bukan macam yang beli kering tu kena rebus..rasanya macam homemade/buat sendiri, gambar jangan di tanya lupa nak ambik.

Address
Shaftsbury Square, 
P3A-15, Persiaran Multimedia, 
Cyber 6, 63000 Cyberjaya, 
Selangor

1 ulasan:

  1. Alaaa masa kami duduk Cyberjaya awat tak bukak lagi.. Apartment dekat sgt dgn Shaftsbury, jalan kaki je.. Thanks for sharing kakak manis..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...