OOO

Rabu, Oktober 24, 2018

RESEPI SAMBAL HIJAU/IJO IKAN SEDAP

Assalammualaikum semua

Bagi peminat masakan Padang sambal ijo adalah masakan yang paling kick.  Nak buat bukan susah pun, cuma guna cili hijau campur cili api nak bagi pedas.  Kalau nak lagi pedas tambahlah cili api banyak banyak.😋


Kalau ikut resepi dari negara seberang cili hijau dan cili api tu di kukus dahulu, akak tak ikut step tu pun sebab malas nak duk lama kat dapur.😉 Oh ya, mereka suka tambah tomato hijau, akak tak ada stok kat umah, malas nak ke kedai.


Ikan yang sesuai macam ikan sardin, ikan kembung kecik ataupun ikan selar.


Akak suka buat banyak banyak, pastu frozen, nanti kalau virus M banyak keluarkan, panaskan balik, masukkanlah ikan bilis dengan tempe ataupun ikan bilis campur kentang.

Makan camni pun sedap gak kalau tak ada ikan dalam peti sejuk.


Bahan-bahan
6 ekor ikan pelaling-bersihkan
10 biji cili hijau, buang tangkainya
10 biji cili api   (lebihkan jika suka pedas)

5 biji  bawang merah
Sedikit ikan bilis
2 biji  bawang putih
½ sudu teh jus limau kasturi
Gula pasir secukupnya
Garam secukupnya

Minyak untuk menggoreng


Cara membuat 


  1. Ikan yang sudah di bersihkan di lumur dengan serbuk kunyit dan garam.  Goreng sehingga garing.
  2. Angkat dan toskan.
  3. Kisar cili hijau dan cili api , jangan halus sangat. Kalau rajin boleh tumbuk dengan lesung batu. Akak tak rajinnnn.
  4. Tumbuk bawang kecil, bawang putih dan ikan bilis.
  5. Gunakan minyak goreng ikan tadi dan tumis semua bahan sampai layu dan tercium bau yang harum. 
  6. Gunakan api yang perlahan sebab nak bagi cili tu masak dan hilang bau maungnya.
  7. Bila terbit minyak, masukkan sedikit gula dan garam dan masik lagi sehingga betul masak. 
  8. Bila cili dah masak masukkan ikan goreng, gaul sebati kemudian masukkan jus limau tadi, tutup api dan gaul sebati.
  9. Makan ni dengan nasi panas pun dah umphhh.😍

1 ulasan:

  1. perghhhhh sedap tu... saya pon sker sambal ijo ni...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers