OOO

Isnin, Oktober 22, 2018

RESEPI RISOLES AYAM

Assalammualaikum semua
baju sekolah ira masa kat jakarta setiap hari bertukar

Masa tinggal di Jakarta, risoles ni banyak di jual di merata tempat, kira menjadi jajanan/kudapan buat orang orang di sana.

Kalau nak baca boleh kat SINI
kat majlis kawin pun ada gak risoles ni

Mereka suka makan dengan cili api, tentu pedas kan..isinya mereka suka bubuh cheese, asalnya adalah dari negara Belanda.
Risoles ni bancuhan tepungnya lebih kurang macam buat kuih dadar/gulung, pastu di goreng dan di celup dengan breadcrumbs.

Nak buatnya memang renyah, sebab banyak sangat step, tapi hasilnya mengenyangkan perut.

Lain kali nak cuba buat guna inti cheese.

Bahan Kulit
250gm tepung gandum
1 1/2 sudu makan tepung ubi kayu
1/2 sudu makan garam
1 biji telur
 2 cawan susu uht
1 sudu teh minyak masak
sedikit air-tambah sedikit air jika pekat sangat

Cara-caranya
Satukan semua bahan, masukkan dalam blender dan kisar hingga halus Kemudian di tapis.
lebih kurang 1 senduk

Adunannya cair,  tak pekat
Gunakan non stick pan yang berukuran kecil anggaran 6 inci

Sediakan pan tidak melekat dan panaskan, tunggu dia betul-betul panas, kalau tak nanti adunan melekat-lekat
Sapukan sedikit minyak.
Gunakan berus untuk sapukan minyak pada pan, atau boleh guna daun pandan atau tisu
Bila dah panas, letakkan satu senduk dan lengang-lengangkan ia agar rata pada permukaan pan
Panaskan hingga masak, tak perlu balikkan
Bila nampak permukaan dan masak angkat


Tinggalkan sedikit untuk buat celupan breadcrumbs
kalau tak nak boleh guna susu atau putih telur

Untuk inti karipap boleh rujuk kat SINI

Lepas siap, bubuh inti karipap atas dadar tadi.
lipat kemas
buat sampai habis
baki bancuhan dadar tadi akak masukkan 
sikit tepung gandum dan air
 celup kat adunan tepung pastu breadcrumbs (kalau warna kuning lagi cantik-akak guna apa yang ada)
baru goreng dengan minyak yang panas sebab takut nanti serap minyak. Goreng hingga kekuningan
buat kudapan atau sarapan pagi

4 ulasan:

  1. Okey senang jer..nanti boleh buat weekend...

    BalasPadam
  2. Senang rupanya nak buat ye Kak..
    Biasa saya beli aje, jiran belakang rumah amik order yang frozen sebekas..
    Tapi kalau beli sebekas memang goreng sekali jalan habis hehehe

    BalasPadam
  3. menarik ni kak.
    mcm mudah :)
    tq kak for sharing...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...