OOO

Isnin, Oktober 29, 2018

HARAM KE POST GAMBAR MAKANAN DI SOSIAL MEDIA?

TOPIK HANGAT DI FB MAHN๐Ÿ’ฅ

Seperti yang pembaca blog tau, akak ni memang suka upload gambar makanan kat socmed.๐Ÿ˜

Blog akak pun banyak berkisar pada makanan selain daripada share pasal anak-anak๐Ÿ’ž

Bila ada yang tanya haram atau tak ..risau gak hati akak dibuatnya. Tapi bila baca perkongsian yang ini rasa lega๐Ÿค—

Husna Ali

Copy paste:

terima kasih Nurul Yuna

KITA KALAU NIAT YG BAIK MAKA BAIK LA JADINYA
#bersangkabaik

Fb Usatzah Ani, saya akan share tazkirah dan masakan.
Ada yg pm tnya ustzh tak haram ke post makanan? Hehe, xpe nk tnya ye. Sy tak post gambar porno, sy tak post aurat orang saya share resepi dn menu masakan je..( lawak lah awak ni) ๐Ÿ˜Š

Mungkin ramai yang terpengaruh dgn video seorang ustz tentang haram pos gambar makanan atau masakan sebelum ni.

Sy suka nak jelaskan, mungkin beliau pandang dari sisi yang berbeza sebab menyamakan hukum post gambar2 masakan dan makanan seperti hadis Rasulullah s.a.w. yang menyuruh kita kalau masak masakkan yang berbau enak wajib beri jgk jiran sebelah merasa. Mungkin itu pemahaman nya.

Namun gambar2 d fb, insta tak ada bau ๐Ÿ˜ Kalau kita hukumkan haram post menu2 atau resepi2 masakan d alam maya sama jgk kita hukum kan haram rancangan2 tv yg siarkan rancangan masakan, majalah2 masakan dll.

Pada ustzh, fb ustzh khusus buat ibu-ibu dan suri rumah tangga jugak wanita. Dan masakan yang saya post bukan harga beribu-ribu sebab kononnya ada yang tak mampu nak beli makanan jadi bila tengok terliur. Kalau macam, beli data boleh, hand set pun ada, lauk gulai sambal belacan je. Sy berdakwah melalui masakan. Saya jgk ambik faedah fb dr teman2 yang pandai masak dan rajin masak. Banyak ilmu2 masakan yang sy dpt dr fb. Kesian jugak sahabat2 kita yang meniaga, dia pun nak promote masakan dia. Kita tak tahu jadi tahu. Support dan doa bisness dia. Pun pahala

Dl malas sekarang rajin. Teman2 fb dulunya dr minat memasak sehingga minat tazkirah dan dah jadi ank murid saya. Banyak kelas2 ustzh yang ank2 murid bermula dengan komen masakan d fb. Masya Allah

Pendakwah ada banyak cara untuk menarik orang dekat dgn agama. Tak kisah lah ada pendakwah yang buat pendekatan motor, pancing ikan, muzik sebab nak tarik orang ramai dekat dgn agama.

Cuba kita tengok d sisi yang positif. Macam kita nak buat program ceramah d masjid, ajk masjid akan pancing orang ramai dengan jamuan makan. 

Tak makan, orang tak ramai ๐Ÿ˜Š Jangan tengok di sisi negatif. Yang best nya kita dapat berbual mesra kalau post menu dan resepi masakan. Secara tak langsung pendakwah boleh dekat diri dengan orang ramai. Tak ada lah rasa segan dan takut sebab asyik2 kena marah, asyik2 kena perli, asyik2 salah je yang nampak.



Resepi dan pilihan menu yang simple2 jugak satu dakwah satu ilmu. Dapat masak untuk keluarga, boleh baca doa pada makanan yang di masak, semua itu adalan pahala.

Fb orang perempuan, orang lelaki suka menyibuk. Pm plk tanya.."tak dosa ke" tak haram ke?. Yang orang lelaki pergi stadium main bola, ikut rombongan , wanita tak soal pun ...aduih ...macam2.

Ada yang pm saya tanya " ustazah berdosa tak post gambar masakan d fb, sbb bila saya post kawan saya marah dia cakap haram berdasarkan video "ustaz ...."..sejak tu sy tak post dah.

Tapi dah tak best sbb itu saja aktiviti saya d rumah. Saya suka masak ustazah. Saya pun ambik resepi dari orang lain d fb. Maknanya haram jugak lah kalau saya share resepi dn gambar orang lain. Dan sesiapa yg suka save resepi orang lain pun haram jgk.

Kesian sungguh, habis dah aktiviti dia terhenti, ilmu pun terhenti sbb dah tak share resepi. Mana tahu d Akhirat nnti, datang pahala yang tak disangka2 asbab dia pernah kongsi resepi , sahabat lain ambik dan meniaga utk sara ank2 dia makan. Anak2 dia jadi ulamak atau orang soleh.

'Ala kulli hal, apa pun kita buat selagi menepati syariat dan hanya semata2 kerana Allah merupakan bahagian IBADAH.

Ok, ustzh undur diri dl..nak ke market nak masak tengahari untuk famili. Nanti ustzh post ye๐Ÿ˜‰

Assalamualaikum.

"Hidup sentiasa ada Allah di hati".

Apa pendapat anda pula๐Ÿ˜‘

3 ulasan:

  1. tak salah pun akak. share untuk pengetahuan semua...

    BalasPadam
  2. Salam, bagi saya setiap sesuatu dikira dari niatnya, jika baik niatnya, maka adalah pahalanya kan, insya-Allah.

    BalasPadam
  3. Betul tu, sebelum ni ada pernah dengar tentang isu haram post gambar makanan ni, risau jugak.. lepas dah tau ni hhaa rasa lega sikit. Apa pun memang bergantung pada niat kita. Terima kasih Kak Ina ๐Ÿ˜˜

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...