OOO

Khamis, November 01, 2018

SARAPAN PAGI BERSAMA SUSU DUTCH LADY PURE FARM

Assalammualaikum semua

Korang semua ambik sarapan tak setiap hari?

Tak ambikk😟...dah jadi tabiat anak muda sekarang tak suka ambil sarapan pagi, suka combine sarapan dan lunch, jadilah brunch.😖 



Mana boleh macam tu, tak elok tau untuk kesihatan kerana lepas kita bangun tidur perut kita kosong dekat 10 jam.  Bila tak nak ambik sarapan, skip trus ke makan tengah hari, dah kosong lebih dari 12 jam. 

Ini akan menyebabkan otak menghantar signal  untuk menurunkan metabolism badan.  Bila kita makan tengah hari, badan kita berada dalam mode berehat, jadi apa yang kita makan pada waktu tengah hari tak akan di bakar secara efektif, nanti akan menyebabkan penghasilan lemak dalam badan. 

Bagi kanak-kanak jika tak mengamalkan mengambil sarapan setiap pagi, nanti perut rasa lapar. 

Kalau yang dah bersekolah pula, kanak-kanak yang lapar boleh mengakibatkan hilang tumpuan di dalam kelas, tidak mempunyai tenaga untuk bermain.  

Mesti ada yang kata tak sempat sebab terkejar-kejar nak ke tempat kerja dan nak uruskan anak anak nak pergi ke sekolah. 


Tu semua alasan, jika pandai mengatur masa, sempat ajer nak siapkan sarapan yang ringkas buat keluarga tersayang.

Kenapa perlu sarapan
👉Penting untuk membekalkan tenaga dengan nutrien mencukupi bagi memulakan hari setiap pagi. 

👉Otak memerlukan sarapan untuk  merangsang pemikiran dan mencergaskan minda.




Sarapan tak perlu yang terlalu berat, cukup sekadar segelas susu, sekeping roti ataupun kueh mueh serta bijirin.


Sekarang lagi senang, tak payah nak bancuh susu sebab susu UHT DutchLady Pure Farm dah siap di bungkus dalam kotak.  


Nak bawa ke mana mana pun senang, untuk kanak-kanak beli yang kotak kecil tu.  Boleh masuk dalam beg, bekalkan sekali makanan ringkas yang paling senang nak buat kat rumah seperti roti di sapu marjerin.

Sajian susu setiap pagi akan membekalkan tenaga sepanjang hari untuk lebih bertenaga, cergas dan produktif.



Jadi, dengan pengambilan makanan berkhasiat dan seimbang sewaktu sarapan membekalkan tenaga mencukupi bagi memulakan hari dengan lebih cergas.



Susu memang kaya dengan kandungan kalsium yang penting untuk pertumbuhan dan menguatkan tulang kita.  

Kalsium bergabung dengan fosforus untuk membentuk kalsium fostat yang merupakan bahagian penting dalam hidroksiapatit (memberikan struktur dan kekuatan tulang).


Antara kebaikan meminum susu Dutch Lady PureFarm ialah :

Protein: Membantu membina dan membaiki tisu supaya otot sentiasa berfungsi dalam keadaan yang baik;

Vitamin A: Supaya mata berfungsi dengan sempurna dan membantu untuk fokus di sekolah dan tempat kerja;

Vitamin B2: Untuk menyokong pelepasan tenaga daripada karbohidrat, lemak dan protein;

Vitamin D: Diperlukan untuk penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus;


Kalsium: Untuk membina tulang dan gigi yang kuat bagi kanak-kanak dan membantu orang dewasa mengekalkan jisim tulang yang sihat.

Ingat yer. SARAPAN adalah sajian awal perlu diambil setiap hari. Pengambilannya satu kemestian yang tidak boleh dipandang mudah.



Oh yer,  ada peraduan sarapan pagi dan rebutlah peluang untuk memenangi hadiah menarik melebihi RM35,000 dengan hanya mengambil gambar melengkapkan sarapan pagi anda bersama Dutch Lady bermula 8 Oktober hingga 11 November 2018

Info di 
Facebook:
 www.facebook.com/spread.the.goodness.of.milk
Website: 
www.dutchlady.com.my

#dutchladymy
#strongstart
#dutchladybreakfastchallenge

2 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...