OOO

Rabu, Oktober 31, 2018

RESEPI PAU AYAM

Assalammualaikum semua

Kali ni buat pau guna tepung gandum ajer, sebab tak ada stok tepung pau dan shorting kat rumah.  Bila guna tepung gandum memang pau takkan seputih salji tau.  Ambik resepi dari kawan blogger Maz.



Bahan-bahan
1 1/4 cawan tepung gandum(akak buat 1 1/2 cawan)pastu gandakan buat 2 adunan
110 ml air suam
1/2 sudu besar yis kering
1/2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil baking powder 
3 sudu besar minyak masak 
1/2 sudu kecil garam 
inti karipap-resepi kat sini
kertas alas- potong 4 segi kecil untuk lapik bawah pau .akak guna alas beli kat bakeri


Cara-caranya
Dalam bekas yang sesuai masukkan air, yis dan gula. Biarkan seketika dalam 1-2 minit. 
Kemudian masukkan minyak masak dan kacau sikit guna garfu. 
Satukan baking powder, tepung dan garam, kemudian tuang dalam bancuhan yis tadi sampai dikacau guna garfu dan tepung melekat pada garfu. 
Kemudian boleh la diuli guna tangan. Kalau lembik celup je tangan dalam tepung (atau tabur je tepung sikit) dan uli sehingga doh tidak melekat pada tangan dalam 8-10 minit. Ramas-ramas manja pun ok semasa proses menguli tu.  Tutup bekas dengan plastik/tuala yang sesuai dan rehatkan doh selama 30-35 minit atau dah naik sekali ganda.  Sediakan pengukus. Amik doh yang telah naik tadi dan tumbuk sikit buang angin. Kemudian amik doh sebesar bola ping pong dan leperkan sedikit, masukkan inti dan tutup kemas. 
Kemudian letakkan sekeping kertas minyak dan susun dalam pengukus. 
Buat sampai habis dan rehakan pau selama 10-15 minit. Kukus dalam air yang telah mendidih selama 8-10 minit dengan api sederhana. 


Pastikan penutup pengukus dibalut dengan kain/tuala agar air tidak menitis atas pau. 

1 ulasan:

  1. feveret ni..nanti leh cuba..blog saya https://cararesepi.blogspot.com/

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...