OOO

Khamis, Disember 06, 2018

POT PET POT PET KAK INA KL/TERTUNAILAH HASRAT DI HATI

Assalammualaikum semua


Hari ini berakhirnya panggilan budak sekolah menengah buat anak bongsu akak Imran.  
Imran yang dulu selalu ikut akak ke mana mana event masa akak tinggal di Kuala Lumpur sehingga jadi bualan di satu event anjuran Nuffnang,
Nak buat macam mana akak terpaksa bawa Imran di sebabkan abang dan kakak masih belajar dan tinggal di asrama.

Kena angkut gak aa.

Geng blogger lama tau kisah Imran hingga jadi topik hangat sekejap bila seorang blogger up kisah Imran dan akak.

Kesnya sebab bawak Imran event cooking yang katanya amat tak sesuai bawa anak anak, takut bahaya.

Imran ni pulak seorang yang mempunyai sifat ingin tahu akak menyibuk.

Kisah Imran dan Ira paling banyak akak kongsikan sepanjang 10 tahun yang lalu.  Masa tu Imran ok jer ajak ambik gambar. Kira jadi modellah dalam blog akak.
bersama Min, Alya dan Zara blog Salam Dua Benua

Sekarang ni dah besar remaja, dia dah kurang nak masukkan gambar dalam blog.
Sebab tu bila akak buat status di fb agar doakan Imran berjaya dalam peperiksaan SPM ada geng blogger tak percaya Imran dah besar panjang.

Imran satu-satunya anak akak yang kami tak bagi duk asrama sebab rasa sunyi pulak bila anak anak dah berkawin, pastu duk jauh dari kami.
Bolehlah harap nak tolong kami pasni nak jadi driver kami pulak. Sementara dia tak gi mana mana lagi.  
Kami hanya mampu berdoa dan redha dengan keputusan yang akan keluar pada tahun depan.  Semuga Imran dapat mengikut jejak langkah abang terutama kakaknya Yana dan Ira yang membuatkan kami bangga dengan kejayaan mereka.

Yang penting kami dah bagi peluang kepada anak anak kami untuk belajar setinggi mana yang boleh.

Selain pendidikan akademik kami juga hantar anak anak kami ke sekolah agama dan mengaji.  

Kami puas hati dengan pencapaian anak anak kami setakat ini, selain dari itu kami berdua berdua agar anak-anak kami menjadi anak yang soleh dan solehah, berjaya dalam semua bidang, sentiasa berdoa untuk kami berdua terutama bila kami tiada lagi di dunia yang fana ini.
Semuga anak cucu kami akan sentiasa ingat dengan Allah SWT dan di berkati olehnya dan juga tidak melakukan perkara yang di larang olehnya, melakukan apa yang di perintah olehnya.

Ibarat nama blog akak
TERTUNAILAH HASRAT DI HATI😍

4 ulasan:

  1. Dulu comel sekarang hensem bergaya gitu. ..
    #jmbelog

    BalasPadam
  2. ingat lagi kak ina
    kes blogger rama2 sound and up cite psl dia
    tapi event tu kan yg kes blogger rembat semua serai nak buat satay
    ahhaa
    lepas tu menang
    xpelah kak
    kutip semua tu jadi pengalaman
    macam anak saya yg sulong
    kat sekolah biasa2 je
    tapi saya raikan kelebihan dia

    BalasPadam
    Balasan
    1. ingat ek kamu, kuat ingatan kamu ni, semuanya pengalaman hidup untuk di kenang kan, setiap anak ada kelebihan dan kekurangan. Kita doakan yang terbaik jer

      Padam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...