OOO

Khamis, November 21, 2019

IKAN KELI BERLADO SEDAP

Assalammualaikum

Ikan keli dah mula naik harga. Dah tak dapat bawah 5 hinggit. Boleh guna cili kering, cili api  atau cili hijau. 
1 kilo ikan keli
10 biji cili merah8 biji bawang kecil
3 biji bawang putih
1/2 biji bawang besar
1 biji limau kasturi - ambil jus
garam secukupnya
Kunyit hidup atau kunyit serbuk dan garam untuk lumur ikan.
Cara-caranya
  • Bersihkan ikan keli. Perap dengan air asam/jus limau dalam 5-10 minit.
  • Bilas semula dan perap dengan benda bertanda *.
  • Biarkan selama 10-20 minit.
  • Panaskan minyak dan goreng ikan keli secara deep fry. 
  • Kisar cili merah, pastu bawang besar, bawang kecil dan bawang putih.
  • Gunakan minyak goreng ikan tadi dan tumis bawang kisar sehingga naik bau,  kemudian masuk cili tadi sehingga terbit minyak.
  • Masukkan garam dan akhir sekali masukkan jus limau kasturi..terus kacau dan padamkan api.
  • Tuang di atas ikan keli 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...