OOO

Khamis, November 14, 2019

IKAN SIAKAP STIM ASAM BOI

IKAN SIAKAP KUKUS ASAM BOI

Assalammualaikum semua
Sedap aaa.. Pertama kali buat jatuh cinta.. Malam buat lagi sekor sebab mudah nak buat 

Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan  siakap sedeehana besar
  • 1/2 biji bawang besar - hiris
  • 2 ulas bawang putih - ketuk
  • 2 batang serai - hiris
  • 1 inci halia - hiris memanjang halus
  • -cendawan kering-rendam pastu potong kecil
  • 5 biji asam boi putih atau lebih
  • 1/4 batang carrot - hiris memanjang halus
  • Akar ketumbar-ketuk
  • Daun ketumbar-hiris halus
  • 1 sudu sos ikan
  • 1 sudu kicap cair
  • 1 sudu makan gula kabung thai
  • Hirisan lemon
  • Cili padi - ikut kepedasan - hiris@ketuk
  • Sedikit garam


Cara-cara
  • Rendam asam boi dgn air panas (air paras asam boi,jangan banyak samgat) sehingga kembang. Kemudian kikiskan sedikit.
  • Basuh ikan dengan limau kemudian cuci bersih. Letak ke dalam pinggan@mangkuk tahan panas yang sesuai.
  • taburkan bahan-bahan lain ke atas ikan.
  • Satukan dalam mangkuk kecil sos ikan, gula nisan Thai,  kicap cair, garam jika perlu. Kemudian curahkan ke atas ikan.
  • Akhir sekali masukkan asam boi dengan air rendaman asam boi sekali.
  • Kukus ikan selama 15 minit atau hingga masak.
  • Angkat dan hidangkan dengan menaburkan daun ketumbar lagi sekali.

5 ulasan:

  1. sama plak entry psl ikan stim tp guna ikan merah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap ni ha ah sama menu Mama Tisya hari ni ya.. Kena cari ikan la camni..

      Padam
  2. Sedapnyaaaa...nanti nak buat la..makan macam ni sihat kan kak Ina...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...