OOO

Sabtu, November 22, 2008

Japanese Style Sweet Bun

Tenguk nama dan cara nak membuatnya lain sikit...pastu ada pulak campuran water roux....dan bubuh pulak glazing.........jadi teringinlah pulak nak cuba buat roti ni...roti ni memang lembut dan
gebu tapi kurang manis rasanya kerana mungkin akak letak glazing dia sikit sangat kot....lagi satu mungkin uli sekejap sangat.......jadi roti tak licin ..tulah gara-gara nak cepat hantar anak nak gi tenguk wayang.......jadilah macam ni......bila nak makan akak letak kaya dalam dia.....best jugak rasanya...resepi di ambil dari blog jo ayee.

Bahan-Bahan

1. 375 tepung roti*
2. 100 gram tepung serbaguna/tepung gandum*
3. 35gram susu tepung*
4. 75 gram gula castor
5. 3/4 sudu teh garam*
6. 1 sudu teh bread improver*
7. 7gram yis kering
8. 1 biji telur-dipukul sedikit
9. 150ml air -atau kurang bergantung kepada kepekatan water-roux paste
10.40gram mentega atau (20gram mentega+20gram shortening)

Cara-cara

1. Ayak bahan-bahan bertanda*. Campurkan bahan yang telah diayak bersama yis kering dan gaul sebati.
2. Masukkan water-roux paste dan telur. Masukkan air sedikit demi sedikit.
3. Masukkan ke dalam bread maker. Select doh program (1 1/2 jam).
4. Oleh kerana tak ada breadmaker ni akak gunakan mixer aje.
5. Uli hingga lembut dan licin.
6. Masukkan mentega dan uli lagi. Tutup dengan cling wrap.
7. Naikkan sekali ganda.
8. Tumbuk doh untuk buang angin dan bentuk ikut suka hati.
9. Naikkan lagi sekali ganda.
10.Sapukan glazing dan bakar di dalam oven suhu 190C selama 10-12 minit sehingga perang (bergantung kepada oven)

*akak bubuh serbuk kayu manis+gula perang dan gula warna-warni.


Cara Membuat Water-roux Paste

1. 25gram tepung roti
2. 125ml air

1. Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan masak dia atas api perlahan sampai menjadi pes.

2. Sejukkan.


Glazing (buat 1/5)

1. 50gram gula
2. 50ml madu
3. 1 biji telur
4. 100ml air

1. Larutkan gula dan air.
2. Masukkan telur dan madu. Kacau sebati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...