OOO

Jumaat, November 07, 2008

Asam pedas ikan kembung


Hari ini tekak teringat pulak nak makan masam asam pedas ikan kembung...nasib baik bunga kantan dan daun kesum ada stok.....ni resepi akak...

Bahan-Bahannya

  • 3 ekor ikan kembung
  • 5 sudu makan cili yang telah dikisar
  • 7 biji bawang kecil
  • 1 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1/2 inci belacan
  • secekak daun kesum
  • 1 btg bunga kantan(di belah dua)
  • 1 biji tomato(sebelah di cincang halus)
  • 3 batang bendi
  • Garam dan 1 sudu teh serbuk kunyit
  • Minyak, air dan air asam jawa.
Cara-Cara

  1. Tumbuk atau kisar bawang besar,bawang kecil, bawang putih,halia, belacan dan kunyit hidup.
  2. Panaskan minyak tumis bahan yang telah dikisar.
  3. Setelah naik bau..masukkan pula cili yang telah dikisar berserta tomato yang telah dicincang.Masukkan garam.
  4. Masukkan juga serbuk kunyit. Perlahankan api sampai cili masak.
  5. Setelah cili masak, masukkan air asam jawa.
  6. Setelah mendidih masukkan ikan kembung, bunga kantan, bendi dan tomato.
  7. Tunggu sebentar dan boleh di hidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...