OOO

Jumaat, November 07, 2008

Kari Ayam

Hari ni masak kari ayam...kalau masak kari ni akak suka guna ayam tua ataupun orang panggil ayam pencen...daging dia lambat hancur tak macam ayam bandar..dan akak suka lebihkan kuah....nanti boleh buat sarapan pagi untuk esok...cadangnya nak buat roti naan...


Bahan-Bahan

1. 1 ekor ayam (akak gunakan ayam tua aje)
2. 10 ulas bawang merah...5 ulas bawang putih..(tumbuk/kisar)
3. 1 inci halia (halia ni lagi lebih lagi bagus..buang angin/hilangkan bau ayam)tumbuk/kisar
4. 5 sudu besar rempah kari daging
5. 3 biji bawang kecil (hiris, goreng..pastu campur dgn bahan kisar diatas)
6. 2 biji ubi kentang (suka hatilah nak tukar ke nangka ke..tapi rebus nangka dulu tau)
7. 11/2 biji kelapa (akak beli aje santan dlm rm3.00)
8. garam/air asam skt (takbubuh pun tak apa)
Bahan untuk menumis

1. 2 tangkai daun kari, 1 biji bawang besar (hiris)
2. 2 bunga lawang, 4 bunga cengkih, 1 btg kayu manis
3. minyak untuk menumis (akak gunakan minyak sayur/zaitun)dah tua..jaga kesihatan...

Cara-caranya

1. Akak rebus dulu ayam tua tu sampai empuk..kalau guna ayam muda takyah di rebus.
1. Panas minyak..msk semua bahan tumis..dah naik bau..msk pulak bahan kisar.
2. Bila dah layu...mskkan rempah kari dan tumis ..kemudian mskkan air sedikit.
3. Perlahankan api...biarkan masak dalam 10 minit sambil dikacau (tak kacau kang hangitlah pulak..masa ni akak mskkan garam)
4. Dah keluar minyak (tanda dah masaklah tu) baru masuk santan.Kalau santan pekat masukkan air....
5. Jaga tau...kacau selalu nanti naik minyak....dah mengelegak masukkan pulak ubi kentang....
6. Biarkan masak dalam 10 minit dgn api perlahan..kentang dah empuk, baru padam api..(rasa dulu tau cukup atau tidak tahap kemasinan dia)
7. Bolehlah dimakan dgn apa saje....nasi atau roti...kalau akak goreng pepedum..goreng sayur..dan sambal belacan...best o.........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...