OOO

Rabu, Disember 17, 2008

Resepi Kek epal

Tiba-tiba nampak ada 2 biji buah epal hijau yang tak di makan oleh anak-anak...tanya yana..yana..rajin tak?...kalau rajin buat kek epal......dah lama tak buat kek epalkan....
bolehlah..tak
ada buat apa pun..kejap lagi yana buat......
sebenarnya dah banyak kali dah buat kek epal ni..tapi masa tu tak ada blog lagi..jadi tak bolehlah show kat orang...kek epal kali suruh anak dara akak buat...tambahkan skill membaking...nanti kalau tak tahu masak pun tak apa..janji boleh tunjuk pandai buat kek kat bakal mak mertua...taklah akak berangan aje ye...resepi ni asalnya dari yani myr....tapi akak kena buat 1 kali ganda......barulah cukup kat rumah ni...

Bahan-bahan

1. 1 biji epal
2. 100gm mentega - suhu bilik
3. 80gm gula halus + 2 sudu besar gula
4. 2 biji telur
5. 100ml fresh cream/whipping cream
6. 150gm tepung gandum* ) ayak bersama
7. 1 sudu kecil baking powder*)

Cara-cara
  • Bersih dan kupas kulit epal. Potong kecil-kecil lebih kurang 3mm.
  • Gaulkan dengan 2 sudu makan gula.
  • Masak epal hingga lembut.
  • Atau boleh juga dimasukkan ke dalam mikrowave. Panaskan selama 3 minit. Sejukkan.
  • Pukul mentega sehingga berkrim. Masukkan gula dan pukul lagi sehingga putih.
  • Masukkan telur satu persatu sambil di pukul lagi sehingga sebati.
  • Masukkan fresh cream/whipping cream dan kacau lagi sehingga sebati.
  • Masukkan tepung yang telah di ayak dengan baking powder.
  • Akhir sekali masukkan pula epal+air (air yang keluar dari dari epal).
  • Kacau sebati dan masukkan ke dalam loyang.
  • Bakar selama 35 minit dengah suhu 180C (akak tambah 5 minit lagi kerna buat 1 kali ganda)
Baru masak ni...belum lagi keluar dari oven...akak saje-saje hias dengan coklat chip dan almond cincang...memang sedap.........

2 ulasan:

  1. mmg nmpk oishii kak ina...lg ada coklat cip tu emmm sedappnyer..rajin tul akak masak2 ni ya...

    BalasPadam
  2. rajinnya masak.. sapa yang abeskan sme nih.. kalao tak abes.. bak sini sikit. ami abeskan.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...