Bahan-bahan A
1. 600gm ayam - dipotong dadu
2. tepung jagung secukupnya
3. sedikit lada hitam
4. sos tiram
Cara-caranya
- Perap ayam dengan sos tiram dan ladahitam. Biarkan 1/2 jam atau 1 jam.
- Panaskan minyak dan goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing.
- Toskan selepas di angkat.
1. 100gm kacang almond cincang - akak panggang aje..(sebenarnya letak kacang gajus ye-di goreng dan toskan minyak)
2. 30gram cili kering - pilih yang lebar dan potong 1-1.5 inci panjang
3. 2 biji bawang besar holland - potong dadu besar-besar(rasanya 1 biji didadu dan satu biji lagi di potong empat lagi sedap kot...lain kali nak cuba pulak cara ni)
4. 4 ulas bawang putih - ditumbuk halus
5. 2 inci halia - di tumbuk halus
6. 1 biji cili benggala - potong lebar-lebar (akak tak letak)
7. 3 sudu makan sos tiram
8. 2 sudu makan cili sos
9. minyak untuk menumis
10. garam jika perlu
11. minyak bijan - akak tak letak
12. seasoning maggi
Cara-caranya
- Panaskan minyak dan goreng cili kering hingga garing dan toskan.
- Tumis halia dan bawang putih hingga naik bau dan masukkan pula bawang besar yang telah di dadu.
- Masukkan sos cili, sos tiram, seasoning maggi dan sedikit air.
- Biarkan kering sedikit dan masukkan pula ayam dan cili benggala. Kalau gunakan gajus kena masukkan bersama ayam dan cili bengala tau..
p/s memang betul kata ana..rugi tak cuba....buat 2 kali tau....yang ni buat belah tengahari...dah habis terpaksa buat lagi sekali......tapi kat restoren amy tu rasa dia lain sikitlah..mungkin dia ada bahan rahsialah...lepas makan bolehlah berkung foo..wacaaaaa..
nampak sedap la kak ayam ni. leh le aku try masak nanti. huhuhu..makan skali ngan cili kering tu musti sedap..sllluurrpppppp
BalasPadamtak pernah dengar nama masakan ni, maklum kakchik ni jarang makan di restoran. tapi kak ina punya masakan tambah-tambah kakchik pun minat kung fu, rasa nak try juga buat ayam kung pao ni, ratah pun sedap kot.
BalasPadamNanti nak cuba masak. Lihat gambar kelihatan sedap.
BalasPadamai..bagi orang yang bekerja...memang bagus masak ni....cepat..mudah dan sedap dimakan...
BalasPadamokeylah macam tu ...kalau yang suka tenguk cerita kung foo bolehlah buat masakan ni..yelah kena berkung foo jugak tau..tapi kung foo kat dapur ajelah...cubalah ...memang sedap..bila gigit cili kering tu yang buat makan nasi bertambah...
BalasPadamabang long..sebenar akak tua setahunlah dari kamu..nak panggil apa ye...
BalasPadamcubalah masak...sekali sekali kalau orang lelaki masak..tentu isteri dan anak-anak menjilat jari...